Saturday, December 24, 2011

Asal Usul Keturunan..Sangat Kagum...

Lama sangat tak update.. Baru balik dari Melaka.. bercuti sambil mencari dan mengkaji asal usul keturunanku…Baru ku tahu keturunan sebelah ayahku dari keturunan Da eng Ma le la... seorang pahlawan yang pernah menjadi ketua ketika mempertahankan tanah Melaka daripada serangan Portugis pada tahun 1511.. Manakala sebelah ibuku pula adalah dari keturunan Raden.. Kemungkinan keturunan Raja-raja dari Jawa tengah yang juga berkait rapat dengan kerajaan Majapahit .. Fuhh,masih banyak lagi rahsia asal usul keturunan yang cube kuselongkarkan.. Agaknya siapa antara kengkawan yang tahu asal usul keturunan keluarga anda? Sebab seperti mana yang kita sedia maklum orang melayu di Malaysia ni banyak yang berasal dari luar tanah melayu.. Mana tau kita dari keturunan yang sama.. jom kita kongsi-kongsi bersama... =)

After the Portuguese captured Melaka, they built a fortress to defend themselves. The fortress, called A'Famosa suffered severe destruction during the Dutch invasion. What's left today is just the entrance walls, still well preserved till today

Tuesday, December 13, 2011

Buy 1 Free 1.. Terbaek...

Pengumuman : Jawapan untuk soklan teka-teki Edisi Cacamarba Bilangan 4 ialah "IKAN BAKAR" Dan pemenangnya ialah adik "Syazwana Jamal" ... Pemilihan pemenang adalah berdasarkan yang paling awal menjawab dan yang paling tepat jawapannya.Tahniah sekali kepada beliau. Nantikan Hadiah Misteri di dalam peti surat rumahmu. Pada rakan-rakan blogger lain cube lagi ye...

Nak cite sikit pasal debit card yang aku gune.. tadi aku pi beli tiket wayang utk esok punye celita.. dah tentu mau tengok opening Mission Imposible.. hehe.. dan mcm biasa aku tengok wayang sorang-sorang.. dah mcm sajak aku yang sorang la pulak..huhu.. aku beli la tiket tu gune CIMB Debit Mastercard.. ghupe-ghupenye debit card yg aku gune tu telah membolehkan aku dapat 1 lagi tiket pree.. Buy 1 Free 1 gitu...

~Beli 2tiket dengan Harga Rm11~

Lantaran itu aku terus tanya pada awek kaunter, sampai bile promosinye dan brape kali aku leh dapat itu tiket free. Makwe tu bagitau.. sampai 31Disember ni dan mungkin akan dilanjutkan hingga 30April12.. Sehari bule beli tiket sekali aje..maknenye setiap hari la kite leh dapat itu tiket free..Best gilee.. Dengan syarat beli gune CIMB Debit Mastercard dan hanya untuk GSC Cinema aje.. Yang paling peting mesti ade wang dalam saving akaun kita.. =) Bile aku bukak webside CIMB rupe-rupenye ada macam-macam lagi Debit Card Merchant Privileges nye.. Jadi pada kengkawan yg kaki movie, atau yg suke dating pi tengok wayang..Jangan berlengah lagi..Pada yang mmg dah ade card ATM CIMB.. lekas2 pi CIMB Bank terus pi tukar jadi Debit Card..


~Dah dapat satu tiket pree masalah jugak..nak ajak sape tengok..ade sesapa nak follow tak?? ~

Sunday, December 4, 2011

Edisi CacaMarba Bilangan 4

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...

Semoga hujung minggu kengkawan penuh dengan kecerian bersama keluarga tercinta.. Macam biasa slot Edisi Cacamarba.. dah tak sabar nak jawab teka-teki la tu.. hehe..


Preview Filem :
Misteri Jalan Lama.. misteri betul la ini celita.. hehe..kisah seorang pemuda dari keluarga bunian.. sewaktu kecil telah dijaga oleh bapa angkatnya
seorang manusia.. ikut perjanjian anak itu mesti dipulangkan kepada keluarga asalnya pada umur 25thn.. Costum dan pedang yg dugunakan Nasir Bilal Khan kelas gitu.. Dah macam Pedang Thundercats.. hihi..

Nostalgia :
Dulu rumah keluargaku dekat jabatan bekalan air, lantas aku telah ditipu bulat-bulat oleh abg dan kakak ku yg tank air berbentuk separa bulat itu adalah UFO.. Hari demi hari ku tunggu bila la UFO tu nak terbang..

Semasa :
Bandar kelahiranku Kajang telah dilanda bencana banjir terburuk
Jumaat lepas.. air sungaimeningkat secara mendadak, lalu melimpahi daratan.. jalan-jalan raya utamanya tak ubah seperti sebatang sungai yang mengalirkan air yang deras...

Hiburan :
Kerana minatku kepada irama Slow Rock dari waktu kecil.. Aku telah create satu group di dalam facebook yang diberi nama "Slow Rock Kapak". Setelah hampir 2tahun, group ini telah dihuni hampir 800 org termasuk dari kalangan artis Rock tanahair.


Macam - Macam :
SHAH ALAM - Sekumpulan ahli sindiket gores dan menang lunyai dibelasah
15 lelaki dipercayai keluarga kepada mangsa penipuan. Empat ahli sindiket
itu dipukul sehingga seorang drpd mereka berlumuran darah manakala yang lain mengalami cedera ringan.

Sukan :
Penjaga gol Malaysia Apek atau nama betulnye Khairul Fahmi seolah-olah merajuk dan berputus asa bila terfikir untuk bersara menamatkan kariernya lebih awal gara-gara kecewa dengan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Juga menyebabkan maruah diri dan keluarganya turut menjadi mangsa keadaan tersebut.

Sudut Teka Teki :
Soalan -> "Banyak-banyak ikan, ikan apa yang bila mati tukar nama orang lelaki?"

Saturday, November 26, 2011

Kenapa Aku Suka Tengok Filem Tamil...

Hari ni aku nak berbicara ringkas tentang "Kenapa aku suka tengok filem tamil.." aku start belajar layan cite tamil sejak di bangku sekolah lagi.. Seperti juga rakan blogger kita adik Faten Asnida... juga mempunyai hobi dan minat yg mendalam terhadap filem tamil.. sehinggakan sampai satu tahap beliau berangan-rangan nak ada pakwe berkulit hitam manis.. abis pecah rahsia ko.. hehe..jangan marah ek.. Tambah pulak kalau cite lakonan Superstar Rajinikanth.. mmg terbaek la.. pada yg mengikuti filem tamil confirm kenal la dengan ini actor.. Antara hero paling tak hensem.. tapi gaya, mutu dan keunggulannya sudah cukup untuk memukau setiap insan yang menonton lakonan beliau.. hihi..

Antara rahsia kehebatan filem tamil ialah :

1. Bab lawan antara yang paling best.. tak kira laa brape ramai org jahat ke..
steady je si Hero menewaskan musuh-musuhnya..

2. Sentiasa memaparkan keadaan sebenar negara sendiri seperti mengutuk dan menentang korupsi kerajaannya spt gejala rasuah didalam filem.

3. Lagu dan tarian.. memang sinonim laa dengan cite tamil..pernah satu kes dulu kat India producer filem nak buat pembaharuan la pada filemnya dengan tidak memasukkan babak lagu.. Sekali penonton sudah mengamuk kasi bakar panggung beb..gara-gara tak puas hati takde lagu punye pasal...

4. Polisnya juga tidak boleh dipercayai kerana bersekongkol dgn geng jahat. Watak Polis jahat mmg takkan ada dalam filem melayu kita sampai bila-bila.. hehe...

5. Macam biasa ending filem, hero dah kasi pukul habis semua org jahat..Polis baru datang..

Adakah kengkawan mempunyai minat yang sama? mari kita kongsi-kongsikan bersama.. hehe...


Pengumuman : Jawapan untuk soklan teka-teki Edisi Cacamarba Bilangan 3 ialah "Bulan Februari kerana hanya ada 28 hari aje dalam bulan tersebut"Dan pemenangnya ialah"Arra Ahmad" ... Pemilihan pemenang adalah berdasarkan yang paling awal menjawab dan yang paling tepat jawapannya.Tahniah sekali kepada beliau. Nantikan Hadiah Misteri di dalam tong surat rumahmu. Pada rakan-rakan blogger lain cube lagi pada soalan teka-teki akan datang..

Friday, November 18, 2011

Edisi CacaMarba Bilangan 3

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh....

Hope Kengkawan semua cihat bersama keluarga tercenta... Minta ampun sudah lama tidak update.. untuk tidak melengahkan waktu kite teruskan dengan Edisi Cacamarba Bil 3... Anggapla Entry Cacamarba ni gabungan Entry-entry ku sepanjang minggu... hehe.. =)


Preview Filem :
Ada 3 filem yang aku tengok...
1. The Adventures of Tintin. mmg terbaek utk kepala otak katun mcm aku.. filem animasi 3D teknologi CGI ini sekali lagi telah membuktikan lepas ni tak payah gune pelakon lg dah...)

2.Immortal. kurang action..aku ingatkan cite semantap movie 300..lebih berunsur kepada kisah dewa-dewi..)

3.Abuya. Bagi aku filem cut cos.. tahap penghasilan filemnya pun tak sampai taraf utk tontonan dilayar Perak..)

Nostalgia :
Anak-anak sekarang tidak akan tahu betapa besarnya jasa Pen Kilometriko kepada Tape(Keset) gara-gara nak jimat bateri walkman punye pasal... hehe..

Macam-macam :
Prihatinnya rakyat Malaysia bila.... Macam biasa aku pegi keje lambat.. dah tau lambat merempit dgn kadar kelajuan terhebat.. dlm pejalanan ade motor eksiden la pulak depan mata... teruk jugak mamat tu..aku pun mengofferkan diri nak antar beliau ke spital.. naik la kitorang motor bersama.. separuh perjalanan mamat tu kata nak pitam la pulak.. secara automatisnya terus aku berenti tepi jalan atas flyover.. dan disebabkan kejadian tesebut.. jalan boleh jadi jam.. yg aku dok menahan keta takde yg berhenti.. semua yg lalu hanya 'prihatin tengok' dan teruskan perjalanan..Fuhh, Prihatin sungguh rakyat kite ni kan..

Hiburan :
Gua pi konsert White Snake babe.. dressing pun kene rock laa..
dgn jacket jeans nye..hehe..tak sodar diri dah tua.. actually dpt tiket pree.. kalau nak beli tiket harga RM300 sorry la nakpegi.. tapi mmg terbaek laa.. walaupun vokalis nya umur dah 60thn.. sore still maintain..

Informasi Teknologi :
Philips dan Sony adalah yg terawal membuat kajian mencipta compactdisc(cakerapadat)..Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982.. Dan di negara kita CD ni femes sekitar hujung tahun 90an.. kerana harga di Malaysia yang agak mahal Compact Disc telah dijadikan
hiasan diri dgn menggantungnya di leher oleh segelintir budak-budak Rappers Yo! seperti kumpulan 4U2C waktu itu.. hehe...


Hal Ehwal Agama :
Bila Sumpah Gengster dgn tarian ghairah buka ‘ritual’.. berlaku kat Manjung baru-baru ni..Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliahmenjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi pihak berkuasa..
Fuhh..sangat merisaukan...

Sukan :
Tahniah kepada Skuad B-23 Harimau Malaya kerana telah menempah tempat ke pusingankalah mati di sukan SEA selepas menundukkan pasukan tuan rumah Indonesia malam tadi. Tapi harus diingat yang menanti lawan Malaysia ialah Vietnam Atau Myanmar yang tidak kurang hebatnya.

Sudut teka-teki :
Perangai pompuan banyak cakap..Tapi dalam setahun, ada satu bulan tu, pompuan akan kurang bercakap.. bulan apakah? - Rakan Blogger yang terawal dapat jawab dgn tepat, hadiah misteri menanti anda..


~Ku Kene pi Kursus kat Janda Baek selama 3hari Bermula Hari ini.. Salam Rindu dariku utk Kengkawan semua~

Saturday, November 12, 2011

Penceroboh Dikenal Pasti..

Entry lepas.. pasal "Pondok Usangku Kene Ceroboh".. punyala tak puas hati aku siasat abis-abisan.. akhirnyaa.......... Aku dah agak dah.. betul ckp kengkawan.. memang orang U.S yang hack Pondok Usang ku.. nak bukti apa lagi.. gambar kat bawah ni dah cukup merungkai segala persoalan.. korang tengok siaran kat TV setelit tu tunjuk ape.. siap senyum lagi lepas serang gua punya pondok.. memang dasar penjenayah dunia...

~Kengkawan hati-hati ya dengan ini orang~

Wednesday, November 9, 2011

Pondok Usangku Kene Ceroboh...

~Hero Idaman Malaya Ciptaan Adik Zureen~


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....

1stly Thanx 2 Adik Zureen Suka Sushi Kerana Telah Memilihku Jadi Hero Kat Sketsa Aidiladha beliau.. Sangatla Kiut.. .

~Pondok Usang Yang Tiba2 Hilang~

Minggu ni aku mengalami kecuakkan yg bole tahan hebatnya.. Pondok usang
telah mengalami serangan misterius dari dalam dan luar pondok.. Aku dapat msg dari seorang sahabat blogger yg mengatakan Pondok Usangku dah kene sita.. Apakehelnye pulak ni.. aku pun apa lagi dengan cargasnya terus bergegas pulang ke Pondok Usang..bile aku open je page Pondok Usang terus terpapar spt gambarajah di atas... "Sorry, the blog at hedzwan.blogpsot.com has been removed.." Terus kaget gua beb.. kalau betul kene remove mmg gua terus pencen je dari berblog.. rasenye kengkawan pun pnah jadi mcm ni kot kan..kenapa eh...


~Kaler Merah Tanda Marabahaya...~

Aku ingatkan lepas kejadian tu dah setel la.. ghupenye email blog aku pulak kene ceroboh.. Bukan org dekat yg hack..nun kat U.K sana tu.. Lihat gambarajah di atas.. Google siap highlight kaler merah lagi.. Apakah motip mereka.. kalau ini Pondok Usang sefemes dgn blog-blog mereka yang femes takpe jugak kan... Fuhh, apa pulakla yang akan tejadi lagi lepas ni yekk..


Pemberitahuan : Untuk soklan teka teki Cacamarba Bil 2, takde sape yg dapat jawab dengan betul. Jawapan utk teka-teki tersebut ialah "INTISARI RANCANGAN".. Oleh itu, tepakse la aku pehabiskan Sekeping hadiah misteri berupa Voucher KFC hingga menjilat kaki itu.. hehe..

Wednesday, November 2, 2011

Edisi CacaMarba Bilangan 2

Dari Meja Blogger : Owh Kengkawanku .. Sorry sgt-sgt.. Ini Pondok Usang tidak hilang.. ade je ni.. Cume owner pondok usangnye aje yg ntah mana hilangnye ntah.. putuihh cinto frust tertungging agaknyo dio.. hehe... Anyway, Gua appreciate sgt ngan korang semua... yg masih menanti, yg tak jemu bertanya kabar dan yg setia menyinggah..terharu beb.. sorry again sobab dah lamo tak hiburkan kalian semua.. We may only hav been connected by words.. But words are powerful rite.. Akhir kata, macam biasak di awal bulan ku persembahkan Edisi Cacamarba utk kalian.. =)


1. Preview Filem : In Time... tengok movie ni lastweek.. Lakonan Justin Timberlake.. kisah berlatar belakangkan masa depan.. waktu ni dunia mengalami pertumbuhan populasi manusia yg berlebihan.. Jadi diorang genetik kan manusia hanya boleh hidup 25tahun aje.. agak merepek.. tapi layan je laa.. hehe...

2. Nostalgia : Buat pertama kalinya aku disuruh oleh ibu ambik serai yg ditanam dirumah jiran.dengan over konfidennya aku membawa pulang daun serai.

3. Macam-macam : Bila penagih dadah serahkan diri di balai polis. Sadis jugak bile aku baca kisah ni kat paper metro..Dia cube nak berubah dan insaf..tapi keluarga dan masyarakat disekeliling tak terima beliau.. last2, dia bawak dadah pi serah diri kat balai polis.. Katanya lagi rela dia duduk dalam penjara.. fuhh..

4. Hiburan : Aku semakin galak menyanyi lagu Farhana nyanyian kumpulan jinbara.. kenapa yek?

5. Informasi Teknologi : Aku diperkenalkan dgn MIRC @ Internet Relay Chat sekitar tahun 1998.. Baru2 ni aku saje-saje download itu MIRC.Rupenye masih wujud itu Chennel #Kampung #Mamak..dan penghuninya masih ramai juge.. "a/s/l plss..." hikhik...

6. Hal Ehwal Agama : Member aku keje kat JAIS Kajang.. Katanya dalam sehari ada 30-40 kes melibatkan permohonan cerai.. fuhh, takut den dongar.. apa puncanya ya..

7. Sukan: Tertengok video kat youtube, penyokong Negeri Sembilan kene pukul sama penyokong Terengganu gara-gara kes bakar bendera lepas game
Final Piala Malaysia tempoh hari.. Kenapala sampai jadi mcm ni yek..Kitakan 1Malaysia.. Jadilah penyokong yang matang...

8. Sudut Teka-teki : "Boleh di makan, boleh di pakai, boleh di tonton" sape dapat jawab dulu dgn jawapan yg tepat aku bagi sekeping hadiah misterius..


~Info : Edisi Cacamarba Setiap awal Bulan dan tengah Bulan~

Saturday, October 22, 2011

Hanya Di Radio.. Ku Terdengar Suaramu...

Bermula sekitar awal 90an..kekerapanku mendengar radio telah membuka mindaku untuk menghafal lagu-lagu yg rata-rata ketika itu tersangatla fames dgn irama Slow Rock..siap ade buku lagu lagi tu.. hehe.. yang penting beli keset kosong pastu kasi record itu lagu2 febret.. Dan sudah pasti ada rancangan di station2 radio terpilih yg menjadi ikutanku ketika itu.. Antaranya..............

~Keratan Akhbar Carta Pujaan 10 Nescafe Tahun 1991. Lagu zaman ini rata-rata menjadi lagu wajib di pusat karoke hingga hari ini~


1. Rancangan Pilihan Bersama Radio 2 RTM sekarang Radio Muzik (Segment nya hingga kini). Rancangan harian paling ku nantikan sbb lagu-lagu pilihan pd malam tersebut akan dipaparkan dahulu kat paper utusan.. jadi aku leh standby nak record lagu yg dekehendaki...

2. Pujaan 10 Nescafe Radio 1~ Carta paling Hit setiap pagi ahad selepas carta muzik-muzik di TV3. Paling best time final diorang buat secara live kat tv1.

3. Rancangan "Permintaan Apa Itu?" bersama kak Yong awal pagi sabtu.. satu-satunya segmen rancangan kanak-kanak kendalian kak yong atau nama sebenarnya Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir.

4. Belah malam Radio 1 ada segment 'kembara'. pendengar call Dj menceritakan pengalaman mereka merantau ke negara luar..

5 .Kat radio tiga ibu kota pulak selalu ada segmen "kelas bahasa" Bahasa Jepun, Peranchis, Tamil.. Paling ingat bersama Dj Preema..

6. Time ada Game bola Selangor mesti buka Siaran Radio Shah Alam.. Sebab ada live terus dari stadium.. Penuh semangat DJ yg bertugas ketika mengulas.. punyelaa nak selami dan membayangi game yg sebenar bersama pendengar..

7. Last aku aktif dengar radio ditengah malam buta sbb ade rancangan rentak kendalian DJ Isma halil.. itu pun sebab ade segment "Kisah Seram".. hehe...

8. Dan juga Carta Pujaan 9 (Majalah Gila-Gila) & Pujaan Sirap (Malajah Ujang) amat kuminati. yg ni tak termasuk dalam rancangan radio... keh keh keh..

~Keratan Majalah Gila-Gila "Pujaan 9 Radio GG"..Suke Hati je tukar Tajuk lagu dan Nama Penyanyi.. hehe..~

Tuesday, October 18, 2011

Ragam Dulu Dan Sekarang

~Dulu & Sekarang~

Pelbagai perubahan yang dilalui sepanjang perjalanan hidup kita... tak kira dari segi sudut apa pun samada adat, tabiat, budaya, taraf hidup, makanan mahupun teknologi, semuanya banyak mempengaruhi ragam manusia disekeliling kita.. Contoh mcm gambar kat atas tu.. masa kecik2 dulu aku comot... bila dah dewasa berubah jadi hensem... hehe... Fuh, daripada aku melalut lebih lanjut dgn gambar tersebut, lebih baik aku berkongsi dgn kengkawan "Ragam Dulu dan Sekarang" yang kulalui di era zaman ku kecil hingga kini... =)

1. Dulu-dulu anak2 dara malu nak pi sarapan di kedai.. sekarang kul 1,2 pagi anak dara sudah start sarapan di kedai.. =)

2. Dulu-dulu kalau beli modes (tuala wanita) punye la segan siap bungkus dgn kertas surat khabar, sekarang beli modes takyah bungkus ngan beg plastik pun takpe...

3. Masa kecik-kecik dulu mak kate kalau nak makan ayam tunggu hari raya atau kenduri kahwin.. sekarang ayam jadi lauk harian..

4. Dulu-dulu kalau pi kenduri kawin mesti nak tengok pasangan pengantin dan bilik pengantin.. sekarang kalau boleh dtg makan aje, lepas tu cabut...

5. Dulu-dulu kalau nak amik gambar siap bgtau dulu.. "30sen sekeping tau, jgn tak bayar".. sekarang amik laa gambar byk mana pun.. pastu simpan je laa kat dlm pc, laman sosial.. mmg takkan cuci punye ler..

6. Dulu-dulu tengok wayang diatas kerusi kayu sambil mkn setongkol jagung... sekarang tengok wayang duduk kapel sit lagi sambil makan popcorn..

7. Dulu-dulu betunang, si lelaki jgn harap ler nak dtg sekali.. tunjukkan jalan aje.. sekarang
bertunang siap duduk sama-sama kat mini pelamin lagi tu.. hehe..

8. Dulu-dulu gayut ngan awek kat public pon.. skarang gayut ngan awek kat handpon..

9. Dulu-dulu kawan penpal.. sekarang kawan cyber.. hihi..

10. Dulu -dulu mencoret kisah kat dalam buku diari...sekarang mencoret kisah kat dalam blog.. ahaks..~!!


~Tringat aku dulu cari geng penpal dlm majalah galaxy..~


Monday, October 17, 2011

329..Nombor Bertuah...

~aku nak bagitau yang en3 beliau best2..kisah2 zaman sekolah..duit syiling tu..aku suka! -Arra Ahmad ~


Ku mulakan bicara malam sebelum tido dengan mengisytiharkan 329 adalah nombor bertuahku.. Anugerah nombor bertuah itu telah di sampaikan oleh rakan baru Puan Arra Ahmad didalam entry blog nya yang berjudul "Follower bertuah..hehe" ... Kisahnya beliau telah tersosat jalan dan kebetulan terjumpa pondok usang ku ini.. aku ingatkan kojap je dia singgah..habis diselongkarnya segala kisah sejarah pondok usang.. katanya esok nak dtg sambung selongkar lagi.. hehe... Anyway, Thanx Puan Arra kerana sudi2 ziarah kat sini.. den raso terharu botul laa.. Puan Arra siap buat entry khas utk pondok usang.. 8kali dah aku baca.. nyenyak tido ni jap lagi.. dan terima kasih juge pada kengkawan semua kerana setia bersamaku disini... gudnite~!!

~Bila sebut nama Arra Ahmad.. Tringat kat Hana Ahmad... hehe..~

Saturday, October 15, 2011

Topik : Edisi CacaMarba...

Banyak kisah aku nak celita n kongsi bersama... kerana kerja dan waktu mencemburui kita.. jadi aku pendekkan dan cacamarba kan itu kisah...ikut kengkawan la nak komen kisah yang mana.. akan ku balas komen dan jejak ziarah korang.. kerana ku sentiasa rindukan pondok ku dan kengkawan ku... =)



1. Korang dah tengok cite Real Steel... Terbaek.... Bukan sekadar cite lawan-lawan robot.. spanjang citenye anda takkan bosan.. penuh dgn elemen persaudaraan, kasih syg,humor, suspend & mcm-mcm lagi la.. suke itu budak kecik lakonan Dakota Goyo menari sama robot..sgt comey..

2. Akhirnya mencecah angka 100... followers pondok usang yg ke 100.... Saudara Amir Baker... Hadiah? Hadiah untuk followers yg ke 55,000 aje.. hehe...

3. Tertengok cite bini-bini gengster... memang betul ade satu adegan tu.. depa leh bantai berpegang, berdukung dalam masjid... sgt melampau...

4. Baru ku mengerti peribahasa melayu " Bagai Melepaskan Batok Di tangga"... sebelum ni ingatkan melepaskan batuk di tangga.. korang tau tak "Batok" tu menatang ape..?

5. Dapat email dari Yahoo "Dear iwanski,We appreciate that you have been with Yahoo! Mail for the past 14 years." (Waahh,Gile lama....)

6. Bila seorang pakcik dgn konfidennye bercecrita.. "skarang ni semua org dah ade Bunkface.. pakcik pun dah ade juge.." lama memikirnya.. dasat pakcik ni minat Bunkface...Rupenye nak menyebut FaceBook.. Buatkan tergolak bosar kek dalam hati... hehe...


~Tamat Cacamarba~

Tuesday, October 11, 2011

Aku Dan Centa Lama... <--- Ehehe..Dasatnya Tajuk...

Perggghh... kepenatannn..... aku baru lepas mengemas bilik yg macam kapal pecah.... naik menyampah aku mengemasnye.... semata- mata nak mencari khazanah lama.. sebuah album gambar yang takde hard cover… punye la taknak kucewakan rakan blogger kite Cik Ujie yang duk menyuruh aku cecrita kenangan centa lama.. asyik cite kenangan gi sekolah je katanya....

~Saje buat effect... Barulah Suspend~

ape yg istemewanye kat dalam album nii...? mesti ler ade gambar aku ngan makwe lama.... hihi.... kenangan centa wooo.... tapi tak salahkan berkongsi ngan kengkawan semua kat sinii..... aku tengok geng blogger lain bergambar ngan pakwe@makwe bukan main best... jeless lak aku tengok......aku pun teringin nak camtu gak... bekas makwe pun bekas arr... janji ade gambar ngan awekk..... sanggup aku scan ni... siap edit lagi tu.. nah, aku kongsi bersama korang gambar ku bersama centa lama.... biar pun hanya sementara.. mana bisa akan ku lupakan kisah percentaan ini… kesudahannya, solo lah aku hingga kini.. kerana sudah tidak berduet dengannya lagi… ehehehe......


~ Bila la pulak agaknya dapat bergambor berduaan ngan Cik Monologis yek..? Hehe.. ~

Friday, October 7, 2011

Imbas Kembali - Kenangan Ku Kesekolah Bersamanya..

Assalamualaikum kengkawanku semua..Semoga kalian ceria-ceria ler hendaknya.. jutaan terima kasih sekali lagi ku ucapkan sbb sudi2 baca, bagi komen, jadi followers dan tinggalkan pesanan kehadiran anda dipondok usang kat box ShoutMix sebelah tu.. tak lupe juge thanx kat Nana, kerana telah melukis dan memilihku menjadi antara rakan blogger nye yang tercomel dan terbaek ... tang mana comelnye den pun tak tau ler.. apa pun sangat comey itu lukisan.. Nanti den lukih gambar ekau pulak ye Nana.. hehe..

Ni ler motor yang slalu hantar aku pegi balik dari rumah ke skolah satu ketika dulu.. model Honda Cub C70.. classic sungguh... begitu besar jasanye kat aku dan jugak famili...paling bangga time kecik2 dulu naik motor duduk kat bakul depan... now motor ni pun dah tak gune lagi...dah tak bole nak start... org tua aku pun dah ade motor baru... jadilah ianya hiasan abstrak dan sekerap kat depan umah aku tuu... dapatlah ianya mengindahkan lagi pemandangan... ehehe... skang ni aku ngah dalam usaha nak bawak kuar sonyap-sonyap motor ni..ape lak nak bawak be"racing"... nak pi timbang kati kat besi buruk ler...dapat gak buat duit lepak-lepak..minum-minum... ha ha..


~Salam Sayang Penuh Kerinduan Untuk Semua...~

Wednesday, October 5, 2011

Fakta Sejarah Dan Duit Syiling Ku...


~Belah Depan~

Artifak ini telah lama menghantui diriku.....dalam keadaan sendu dan tawa kuteruskan mencari jawapan.. Biarpun ku sedar yang kucari itu adalah sesuatu yang tak pasti... cewah.. mcm monolog Hana Ahmad la pulak..hehe... Hope kengkawan semua sehat ler hendaknya..Hari ni aku nak share sumthing yg aku pun dah naik pening.. tentang kebenaran atau kepalsuan... begini kisahnya..aku ni kire collector of rare coin ler kunun2 nye.. walaupun tak byk.. tapi boleh laa kalau nak jual di kala wang diperlukan.. hehe... Aku ade sebutir coin "Queen Victoria Straits Settlement Quater Cent 1801" seperti didalam gambar.. sudah 210tahun gile lama kan.. Tapi, masalahnya sekarang ni aku usha harge coin ni mcm takde value.. Kenapa pule yekk? semuanya kerana tahun yg tertera kat coin tersebut telah menimbulkan rasa misteri yang sgt surius..


~Belah Belakang ~

Kalau ikut info yang aku mentelaah tentang fakta sejarah berkaitan.. mata wang Straits Settlements mula digunakan pada tahun 1826 pada era Kompeni Hindia Timur Inggeris di negeri-negeri Selat(Buku Sejarah Form 2)...dah ler tu tahun 1801 Queen Victoria tu pun tak lahir lagi..Dia lahir tahun 1819.. Banyak ler spekulasi yg kufikirkan.. adakah coin ini palsu, atau mungkin tulen tapi silap di cetak.. atau pun mmg just fantasy piece org dulu2 buat utk sourvenir. Tapi kalau utk sourvenir maknanya coin ni limited la kan.. Atau pun adakah fakta sejarah telah diubah.. jeng jeng jeng... fuuh, Misteri Nusantara sungguh.. apa pun ku masih mencari fakta yang sebenar...So i really need a pakar sejarah to study on this.. anybody?? Please raised up your hand.. sebelum ku mencapakkan coin tersebut diblakang blakang umah.. hehe...


~Ku Pernah Mengumpul Tin....~

Sunday, October 2, 2011

Fakta Geografi : Bandar Yang Takde Dalam Peta

"Banyak-banyak bandar, bandar ape yg takde dalam peta??" soklan teka teki yang betul- betul mencabar mindaku 20tahun lepas.. ghupenye dia punye jawapan Bandar Colgate.. Tapi, dari mana pulak dtg itu bandar Colgate? pasti ianya sinonim dgn akak2 n abg2 yg lahir hujung 70an dan awal 80an.termasuk ler aku...fuh, kisah childhood moments lagi rupe2nye.. hehe...

-Lencana Ahli Kelab-

Pengetahuan Am : Bandar Colgate telah diadaptasi daripada Kelab Colgate yg telah ditubuhkan sekitar awal 90an oleh syarikat ubat gigi Colgate.. tujuan kelab ini ditubuhkan tak lain tak bukan adalah utk kempen program penjagaan gigi dikalangan kanak2 yg berumur 12 tahun kebawah.. dan aku adalah salah seorang ahlinya.. dengan hanya menghatar 2 penutup kotak colgate sebagai bukti pembelian... aku telah layak menjadi ahli kelab colgate yg sah..dapat kad ahli, stiker dan lencana.. lepas tu selang beberapa bulan colgate akan hantar pula majalah kelab colgate kerumah.. seronok gile dapat bendajadah tu semua.. dan bile besday kak dina kelab colgate siap antar kad besday lagi kat ahli2 nya.. mana laa barang2 kelab colgate aku tu...try cari mmg dah takde.. sangat-sangat kenangan wooo....


~nak je aku tepon tokey colgate suruh tubuh ini kelab balik..~



Thursday, September 29, 2011

80s Baby...Childhood Moments - My Febret TV Shows

Assalamualaikumm... Salam Sejahtera.. Kepada Anda Semua Moga Bahagia...

Diharap kengkawan semua cihat2 ler hendaknya.. Minggu ni hidup ku penuh Kebengongan dan kehuru-haraan di tempat keje..Mujurlah baru2 ni aku telah ketemui satu tv series yang telah sekian lama ku cari..Balik keje je aku terus layan...dapat gak menghilangkan kebiolan di belah dalam serebelum ku ini..hehe.. Sebelum kalian nak tau cite apekah itu, kite sambung sikit pasal
kisah "80s Baby...Childhood Moments =)" Imbas kembali sebelum ni aku cerita pasal zaman skolah yg dilalui oleh kite yg lahir tahun 80an kan..Hari ni nak cite pulak pasal Our Sweet Childhood febret tv shows.. Kalau tv show katun mmg byk ler kan.. antaranya Thundercats, My little Pony, He-man, Carebears, Transformer, Voltron,Bugs Bunny,Ninja turtle, Ultraman, woody woodpecker, smurf, Micky Mouse.. dan juge tv series yg mmg aku tak boleh lupe sampai skarang antaranya ialah Airwolf, Super Force,Knight Rider, Full House, Elf, The Sounds of Music,Rumah Kedai, Opah, Dallas,Dynasty, Magnum P.I, Doogie Howser,Mero Attack dan mcm2 lagi laa..Kadang2 tu nak ubat rase rindu di hati den layan dia punye intro kat youtube.. hehe.. Dan yang paling kita nanti2 kan ialah time cuti pertengahan n akhir tahun... sebab ada slot "Alam Ria Cuti Sekolah".. Cerita yang ku war-warkan diawal nukilanku tadi adalah menerusi slot tersebut.. tajuk citenye ialah "The Girl FromTommorrow"..Aku rasa yang lahir tahun 80an mesti ingat punyela ini celita..Kisah si gadis bernama Alana yang berada ditahun 3000 telah kembali ke zaman silam tahun 1990..Pada kengkawan yg nak tengok balik cite ni atau pun yg tak penah tengok.. kat sini aku bagi link utk korang download.. ada 12 Episod kesemuanya... Selamat Menonton....

The.Girl.From.Tomorrow.S01E01
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E02
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E03
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E04
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E05
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E06
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E07
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E08
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E09
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E10
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E11
Download: 1 | 2 rapidshare.com

The.Girl.From.Tomorrow.S01E12
Download: 1 | 2 rapidshare.com

Sunday, September 25, 2011

Pondok Usangku Sudah Beratap...

~Ditemani Upin & Ipin~

Assalamualaikum.... Bermulah satu lembaran baru buatku... pondok usangku yg selama ini beratapkan langit.. kini sudah beratapkan zink.. setelah dilakukan renovasi dan penambahbaikkan, pondok usangku kini sudah semakin cantek.. ditambah pule ku ditemani si beradik upin ipin dan burung raja udang yang ku kurung di dalam sangkar.. Alangkah indahnya kurasakan..Lepas ni bolehla ku melakar nukilan dlm keadaan selesa dan diriku tidak lagi dibasahi air hujan dan embun jantan.. hehe...

~Pemandangan di malam hari~

Dan pada rakan-rakan blogger Edy, A ai, 13rockstar, Ujie,Hana Ahmad, Adik Hana Ahmad, Haniza, Amni, Nora, Humairah, Hayati Zaki,Ms Lala, AwexGebu, Zie Sakinah, Eyla,Momo, Cik Asam Jeruk, Pucheh, SiManis, Ummi, Cik Aten, Terbelog, Arjunakirana, CikMieza, MamaWanie, Izzaty, Mawar Berduri, AnokCikLan, Liz, HanifIdrus, Shafinaz, Nana3mo, CikKiwi, Sal Ijou, Olala, Hidayah, BarneyPoco, PrincessDiyana,Nina dan pada semua yg tidak ku sebutkan nama sama ada yg selalu,pernah singgah atau pun yg tersinggah kesini ribuan terima kasih dariku kerana meluangkan masa menjengukkan diri ke pondok usangku tak kira siang atau pun tengah malam... Andai ada tersalah kata den mintak maap ye... Ku cuba kelainan untuk hiburkan hati kengkawan... I lap u all.. =)

~Perlukah aku menukar title Header diatas kepada "Pondok Sudah Cantek Beratapkan Zink"?~

Monday, September 19, 2011

Betul Cinta Agung Ni... Hehe...

terbaca my officemate punye wall kat facebook.... "Tiba tiba ada bunyi mercun kat depan rumah. Bila keluaq ada banner 'will you marry me'. Satu condo dapat tengok drama free ni..." hehe... romantik sungguh... nak togolak pun ade jugak... tapi botul2 cinta agung ler...

Sunday, September 18, 2011

Owner Sajak "Aku Yang Sorang" Datang Menyerang...


Iwanski said :
aku yang sorang..
kau apa hal pandang-pandang..
ada hutang..?
aku tau laa, mati nanti bahaya tinggalkan hutang..

Ujie said:
Woii, seorang orang yang sorang,
mmg kau ade hutang,
kau makan sorang2 berhutang..
kau minum sorang2 pun berhutang..
nak makan dua orang..
Aku tak cukup duit bayar makan minum kau je bangang.
Dasar bujang senang...

Al-Kisah said :
Ehem,ehem..Jangan lupa.. aku pun sorang..
ada aku kisah korang punya hal hutang,
yg penting bangun pagi aku dah tak sorang..
tido pun dah tak sorang..
Sebab bini ku dah abis pantang..
Padan muka korang..

Iwanski said:
E eh, korang-korang..
sorang ngutip hutang,
sorang hati sonang,
yang aku sorang2 pikir hutang..
berjalan la aku sorang2..bile nampak ujie ku lari lintang-pukang..
lepak sorang2...mimpi pon sorang2..
kuat berangan sorang2...kuat jiwang pon sorang2..
sampai kesudah lah tak bayar hutang.

Ujie said:
bro, pegi toilet pun kene bayar walaupun masuk sorang2...
bersendirian memang sorang2 tunggu kau datang langsai hutang..
semalam aku sorang tunggu kau dtg bayar hutang...
kini aku masih sorang tunggu kau dtg bayar hutang..
Sampai kesudah kau tak datang-datang...
last2,aku dah bengang terus rembat kau punye sajak aku yang sorang.

Al-Kisah said :
Haaakkkktuihhh korang...
lastweek je aku sorang..
tu yg aku pun rembat kau punye sajak seorang orang yg sorang
sbb aku tau takkan selamanya aku sorang..
Jangan jeles aku dah tak sorang..

tapi..
aku bukannya orang-orang sbb aku tak pnah pegi pun sawah bendang..
aku juga bukannya orang minyak sbb aku tak pernah intai anak dara org..
dan aku juga bukanlah orang jahat sbb aku tak pnah jadi pailang..(lamo tak dongar pekataan pailang..)
tapi aku juga orang..macam iwanski jugak yg kadang2 berhutang ..

Iwanski said :
Aku agak dah memang korang...
tapi, lantak laa wak ang..
buat ape aku nak berang binguang..
eh, bila pulak aku tau ckp minang..
suketi korang lerr..
buatla ape pun dgn sajak aku yang sorang,
kire aku jual la sajak tu utk langsai hutang..


aku tahu..
aku bukanlah orang berada..
aku juga bukanlah orang glamer..
dan aku bukanlah orang ternama..
aku hanya orang biasa..
sebab tu aku berhutang keliling pinggang...

Ujie, Al kisah said :
wei iwanski yang sorang...
walaupun kau sorang kau tetap orang..
takkan selamanya kau harus berhutang..

untuk itu..carilah wang..
Wang yang akan mengubah hidup kau yang berhutang..
baru la kau leh jadi aku seorang orang yang sorang yg
dah bayar hutang...

Kuang... kuang...kuang....

~Kes Hutang Ghupenye...~

Friday, September 16, 2011

Kisah Aku dan Burger...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Kalau di ikutkan lama sudah tidak mencoret dekat ini kawasan.. kesibukkan kelija membatasi segala-galanya.. Cuma baru-baru ni la baru nak mengaktifkan diri kembali.. kepada sesapa yang masuk atau pun termasuk kat dlm goBlog aku yang tak bess nii... Jutaan terima kasihku ucapkan.. Apa yang ku coretkan cuma sekadar mengisi masa yang terluang… menyimpan dan mengimbau kembali kenangan yang dilalui sendiri mahupun bersama rakan-rakan seperjuangan..


Hari ini aku nak cecrita sikit tentang bisnes yg aku penah ceburi 8thn dulu.. utk pengetahuan kengkawan, aku juga pernah dinobatkan menjadi seorang usahawan berjaya dikalangan rakan-rakanku yg waktu itu rata-rata adalah penganggur terhormat.. Fuuhh, Bisnes ape kah ituuu??? Gerenti banyak aweks gua ni kan…Ade bisnes lerr katakan.. eheheh…Bisnes burger laa geng…larii terus aweks dengar.… mane tak nye…kalau pandangan orang tua2 pulak...bebudak jual burger tuuu... ntah2 dadah pun dijualnya..biasalaa tu kan..redha je la….Aku jual burger nii share ngan seorang sahabat.. nanti laa aku cite pasal dia… Walaupun korang nampak kecil bisnes nii… tapi, aura rintangan yang penuh ranjau berduri tetap aku rasai…Biasala kan.. pahit manis dunia perniagaan.. hehe..Korang bayangkan la masa tu baru 1stday nak bukak..kire grand opening la… sape dtg sure dpt burger free punya… pagi tu member gua call…Ade berita tak bess katanya.. Stall gua kene bakar geng…..gila laa…apekejadahnya stall burger ku dibakar…takkan si usop wilcha yg bakar..time tu dia tak femes lagi.. ontahla, betapa ajar kurangnya manusia yang kerjanya bakar membakar nii.. tapi yg bakar ni memang pakar la dlm bidang bakar membakar… sure nama dia pun bakar jugak kot… hangus stall beb…nasib baik laa rangka besi..mungkin ini adalah salam perkenalan….Aku dah rasa mcm nak putus harapan dah.. nasib baik la rakan-rakan penganggur bagi semangat… Dgn kerjasama yang gigih, kitorang bwat balik stall burger tu…okla…walaupun senget sebelahh… tu laa dia gambar kat atas tuu… ingat lepas tu dah ok la…selang beberapa minggu dgn hasil jualan yg agak memberangsangkan… ada bangkai kucing pulak kat atas stall burger tu… anggap je ar…kucing tu jalan-jalan atas stall…tetiba ajal dia dah sampai.. terus mati kat situu… nasib baik bukan bangkai anjing… satu hal pulak la nak menyamak… dan kat kawasan aku meniaga ni jugak la.. sentiasa di adakan perhimpunan haramjadah bersama rakan-rakan selepak… melalak main gitar… kutuk mengutuk... tarian poco-poco.. aktiviti harian yg cukup happening.. Ni la dia serba sedikit "kisah Aku dan Burger" yang buat julung-julung kalinya terselit kat dalam dunia tanpa sempadan nii…. Hope korang rasa bess ler hendaknyee … jangan lupe komen geng dan rajin-rajin add kan diri jadi followers… keyla.. salam makan burger dari gua….
–IwAnSkI-



~Kisah Aku dan Burger ade Episod ke 2 ke..?~

Thursday, September 15, 2011

GEMPAR LAGI : Sajak "Aku Yang Sorang" Telah Di Al-Kisah kan laa Pulak..


Belum suam lagi kes Pengeksplotasian sajak.. Aku dikejutkan pulak dengan berita gempar lagi. Sajak ku kini telah di Al-Kisah kan pulak daahh oleh seorang jejaka goblog aktif yang dikatakan kacak budiman lagi bertoleransi. Setelah beliau mengadaptasinya dari sajak asal dan sajak eksplotasi lahirlah sajak “Al-Kisah- Aku Pun Sorang”. Pengakuan ikhlas. Biar pun gua owner asal sajak.. Tapi bila baca "Aku Pun Sorang" terasa ibarat gua seperti orang berada, juga orang glamer mahupun orang ternama… ohh syahduunyaa…..

Sumber Rujukan :
Iwanski - Aku Yang Sorang
AL-Kisah - Aku Pun Sorang

~Kusangkakan kisah ini sudah tamat... Rupanya ada sambungan lagi... Haha.. Thanx Al-Kisah.. Kau memang best!~

Wednesday, September 14, 2011

GEMPAR : Sajak "Aku Yang Sorang" Telah Dieksplotasi

Imbas kembali : Aku pernah post entry sajak “Aku Yang Sorang” . Sajak yang ku nukilkan ini dikatan setaraf dengan sajak-sajak yang dicipta oleh sasterawan Negara tercinta. Dan memang telah dijangkakan Rating sehari sehingga 8000 pengunjung yang tak kunjung tiba mengunjungi entry blog ku ini.


Gempar hari ini aku mendapat sms dari seorang followers yang mengatakan sajak ku telah di eksplotasi dengan balasan jawapan sajak yang menggentarkan jiwa nurani sesiapa saja yang membacanya. Kata beliau lagi sajak tersebut telah di eksplotasi oleh penulis blog tegar terkenal. Pada mulanya aku tidak percaya dengan berita rumos begini. Oleh kerana perasaan hati yang gundah gulana, akhirnya aku sergah juga kehalaman blog beliau. Ya, tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Berita ini memang benar dan kini sedang tersebar luas. Aku pasrah, memang kuakui sajak yang beliau eksplotasi lebih mantap daripada sajak ku yang asal.. Apakah tindakan yang perlu ku lakukan??


~Siap kau Ujie.. Eden Balas Balik Nanti.. haha~

Tuesday, September 13, 2011

Ngorok Time....

Panjang pendek dijurus satu dua. Tak daya dicondong atau diputar. Keluh kesah tambah kusut. Mencari persis kepuasan sakti. Mengatur langkah segagah tuah. Hamparan terpalit di peta dunia. Finale, rebah sungkur selami medulla oblongata. Kutitip doa, terkuis minda,terpejam mata.... Apa aku merepek daaa… Gudnitee my prend…. Zzzzzzzzzzzz………


4 Ways To Get A Good Night Sleep:
-Stay away from caffeine — such as sodas and coffee right before bedtime.
-Don’t smoke right before you go to sleep — nicotine is a stimulant, so it can keep you up.
-Enjoy a small snack prior to going to bed — never a big meal.
-Dont forget to baca Bismillah - Surah 3 Qul & Mengucap.


~Mana datang itu peta dunia?~

Monday, September 12, 2011

SaJaK khaS UnTuK SiaPa YaNg KoNoNnYe TeRaSa kEsOraNgaN..

aku yang sorang..
hidup sorang..
buat amende semua sorang..
mati nanti sorang gakk..

makan sorang2..
minum pon sorang2..
nak makan dua orang..
apakan daya..takde 'orang'..

aku yang sorang..
bangun pagi sorang..
tido pun sorang..
kalau tido dua orang best gakk..

berjalan sorang2..berlari sorang2..
lepak sorang2...bermimpi pon sorang2..
berangan sorang2...jiwang pon sorang2..
pegi kuar sorang2.. balik pon sorang2..

pergi toilet memangla sorang2...
bersendirian memang sorang2 pon..
semalam aku sorang...
kini aku masih sorang..

esok lusa sorang lagi kot..
takkan selamanya aku sorang kott..

tapi..
aku bukannya orang-orang..
aku juga bukannya orang minyak..
dan aku juga bukannya orang gila..
dan aku juga bukanlah orang jahat..
tapi aku juga orang..macam orang lain jugak..

aku tahu..
aku bukanlah orang berada..
aku juga bukanlah orang glamer..
dan aku bukanlah orang ternama..
walaupun aku hanya orang biasa..
aku tetap orang...

aku yang sorang...
walaupun aku sorang aku tetap orang..
takkan selamanya harus aku sorang..

untuk itu..carilah sorang..
seseorang yang akan mengubah hidupku yang sorang..
tapi...masalahnya..
layakkah aku bertahta di hati seseorang?

aku seorang orang yang sorang...


~Im Alone...~

Friday, September 9, 2011

Udin - Udin Sedunia

Best pulak layan ini lagu... Macam-macam Udin ada... Dari Awaludin sampai laa ke akhirudin.. hee..



~Happy Singing~

Tuesday, September 6, 2011

80s Baby...Childhood Moments =)

Wahh....still mode Raya... still tak start keje... hehe... pagi tadi ntah mcm mana leh woke up awal.. n i saw my nephew pegi school.. alahaii, tringat balik zaman skolah ku dolu2... seronot sgt.. pi skolah, balik skolah, pi skolah, balik skolah...langsung takde masalah... alangkah indahnya kalau aku ade time machine doremon.. leh aku kembali ke zaman silam.. huu,start la aku punye merepek ni.. okeh,kite kembali ke topic di atas.. yup, aku dilahirkan di awal 80an.. dan aku rasa kebanyakkan followers pun lahir sekitar tahun yg sama.. If your are Malaysia 80s baby, there are few things here would surely bring back your own sweet past memories.. kite cite kisah di skolah dulu la eh..

-gambar hiasan-

Masa kat skolah dulu paling aku takut to go for BCG injection ngan pi dentist room...seramm woo.. rase mcm nak lari dari skolah... lepas dah check gigi nanti ramai2 berus gigi beside longkang.. hihi.. comey2 jek.. paling best kalau lori milo sampai.. 8kali aku queue..dan sampai skang aku tertanya-tanya nape buat air milo kat umah tak sesedap dgn air milo lori.. pastu slalu beli air kotak ceklat skolah sama vitagen.. kene rotan ngan teacher dpn public tu mmg biasa ler.. dah la kene rotan kene pulak berdiri luar kelas... dan mcm biasa copy others homework early in the monink.. subjek paling best, enjoy activities on Pendidikan Jasmani session ler.. dan juge yg paling best bile hujung tahun ade hari kanak-kanak.. time tu laa aku memperagakan baju raya ku.. fuuhh, dan mcm2 lagi lerr.. kerana itu ler semua org akan kata zaman skolah paling best kecuali pada mereka yg tak bersekolah....

-gambar hiasan-



~Bersambung....~

Sunday, September 4, 2011

Riang Ria di Aidilfitri...

Sapo lagi yang paling riang di hari Lebaran... budak-budak ni ler... =)

~Wawa~
E in & Ucop

~Isa~

~Qistina~

~Adriana~

~Nana~


~Korang banyak kan dapat wit Raya... Nanti banje Pak ucu eh... hehe...~

Monday, August 29, 2011

Persiapan Raya ~ Thanx Wawa n Isa Boy...

Dapat besday present from my anak buah... comey2 jek... ikutkan besday aku bulan 5 aritu... Kire sekali ler ngan hadiah hari raya kot.. hehe... Thanx Wawa n Isa Boy... Ingat dia kat besday pak usu eh..
Kat umah mcm biasa... spt tahun2 sebelum ni... kat dapur omak sibuk masukkan beras dlm ketupat... mcm2 permintaan dari anak2 nye... Sib baik pagi subuh tadi sepupuku bawa mak pi pasar.. leh aku tido.. hehe...
yg si wawa n ucop tak abis2 buat kuih raya dari smalam... seronok tengok gelagat anak2 buah aku nii... dan bertambah2 seronok kalian esok ye dapat duit raya... Pak usu dah tontu lari dulu.. haha... Woo...my mom sudah bising gas dah nak abis... kene runner pi Gas dulu... Kesempatan i sambung cite lagi...


~Bagaimana Persiapan Raya Anda..?~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...