Wednesday, December 4, 2013


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
1 SAFAR 1435


Monday, September 16, 2013

Guruku... perginya seorang insan....


Assalamualaikum...
Teramat sedih dan sebak hati ini bila mendapat berita seorang Ulama yang sangat dikenali di Indonesia Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa telah kembali ke Rahmatullah dalam usianya baru mencecah 40tahun. Saya pernah mencatat Biografinya pada entry sebelum ini. Secara peribadinya, kenangan paling indah saya pernah berutus sms kepada Habib dan Habib membalasnya.. Semoga Allah SWT menempatkan Habibana Munzir di kedudukan yang mulia di dalam Syurga bersama Para Anbiya', Siddiqin, Syuhada' dan Para Solihin.. Amin Allahumma Amin. Al-Fatihah.

Majlis Tahlil dan Solat Jenazah Secara Ghaib di Masjid Muazd Bin Jabal, Setiawangsa KL


Sunday, August 4, 2013

Rajin - Rajinlah..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh


Lagi beberapa hari Ramadhan akan meninggalkan kita.. takut sangat kalau-kalau Ramadhan akan datang tidak kita ketemui... Apa pun semoga Ramadhan kali ini memberi kesan yang terbaik dalam jiwa dan hati kita. Masih ada waktu lagi difasa terakhir ini kita teruskan beribadat dan jika kelapangan terus beriktikaf di RumahNya... Muhasabah untuk diriku jua....

Empat amanat Rasulullah SAW selamatkan kita di akhirat :
- Rajin-rajin lah memberi Salam.
- Rajin-rajin lah memberi orang makan
- Rajin-rajin lah sambung sillatturrahim
- Rajin - rajin lah bangun solat di malam hari

Di bulan Ramadhan juga kucuplah pipi ibu selalu... ~ Kuliah Subuh bersama Ustaz Mohd Amin

Friday, July 19, 2013


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

~Marhaban Ya Ramadhan~


Maafkan diri ini kerana lama menghilang... Hinggakan tidak berkesempatan mengungkapkan Salam Ramadhan kepada kalian... Ayuh sahabatku.. Kita jaga yang lima, kita cukupkan yang enam.. Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dan terhebat dari yang sebelumnya... Mohon Maaf zahir dan batin..

Friday, April 26, 2013

My Idol... =)

Assamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh


~Salawat & Salam Buatmu Kekasih Allah~

Monday, April 8, 2013

Sejarah Coretanku…

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

~Frontpage Fotopages Ku Yang Terakhir~

Permulaan coretanku segalanya bermula pada tahun 2000 apabila dengan bangganya aku telah berjaya mempublishkan homepage syok sendiriku bersama geocities.. Hehe, Nasib baik itu homepage dah tak wujud lagi...Buat kene gelak jek..Kemudian pada tahun 2004 aku diperkenalkan dengan Fotopages. Sedar tak sedar coretan entry ku yang terakhir di Fotopages ialah pada penghujung tahun 2008.. Antara sahabat lama yang ku kenali melalui Fotopages dan masih aktif memblog hingga kini ialah Nora HJ Nasir.. Haha, marah kau yek aku tak mention nama ko kat entry "Tapak Kaki"..Kalau ikut kan sebenarnya Fotopages ni khas untuk mereka yang suka snap gambar cantik-cantik, pastu upload n share. Yang aku pi belasah menukil kisah ku yang ntah ape-ape tu kat situ.. Selepas era Fotopages ku cube beralih kepada Blogdrive.. Tapi hanya sementara kerana ku rasakan Blogdrive agak kurang mesra pengguna.. Dan akhirnya pada 2010 ku terpaut dengan Blogspot... hingga kini ku masih disini walaupun hanya sesekali ku mengupdate nye.. hehe.. Itulah dia serba sedikit perjalan kisah coretanku di alam maya ini, Jadi bagaimana pula dengan perjalanan coretan anda??

~Koleksi Gambarku Yang Pernah Dimuat naik Bersama Fotopages~

Friday, March 15, 2013

Ku Kembali Ke Padang....


Fuhh.. Setelah 6 tahun ku tinggalkan arena Bolasepak padang. Kini ku di paksa kembali ke tengah padang... Mungkin sentuhan kreatif ku masih ditagih atau pun sebenarnye sekadar nak cukup kan korum...
Ntah larat ke tidak.. Harap boleh ler main hendaknya.. haha...

Wednesday, February 20, 2013

Khas Untuk Yang Pernah Meninggalkan Tapak Kaki..

~Kesan Tapak Kaki Korang.. Hehe..~


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh


Fuhh...Hampir 2 bulan tuan Pondok menyepi... Bagaikan Pondok tidak lagi berpenghuni.. Bak kata sahabat kita ArJuNa KiRaNa .. "21hari senyap je..." Nak kata putus centaa..awek pun takde.. Apa pun yang masih setia menanti ku ucapkan jutaan terima kasih.. rindu jugak korang kat goblog ni ye... dan pada yang saje melawat nak tacap iklan kat chatbox sebelah tu pun.. ku ucap terima kasih juga... Walaupun persahabatan kita hanya terjalin di hujung jari jemari, ku sangat hargai hubungan ini.... Expecially buat...........

MamA AiNi ~ Ibarat jiwa seorang ibu yg rindukan anaknya.. tak jemu-jemu menjenguk tuan tanah kedaung yang ntah mana peginye.. hehe.. minta ampun mama.. 

wHiTeCapPucCinoL ~ Dengan ucapan.. Bila kite nak pekene cappuccino...

MiSs sEnGeT ~ baru ku tahu kenapa jiwa mu senget... macam-macam tumbuhan liar yang kau telan rupanya...

PeNjaJaH MiNda ~ Judul lagu telah dimanupulasi oleh kata-kata jajahanmu... Refleksinya mindaku dilontar akan kisah lalu...

ErNi ~ Kau memang tegar membaca novel-novel itu.. .

SyaFiQa KaRim ~ Tak sah kalau takde lukisan kartunnye.. owh ya, aku hampir ditembak oleh dua bodyguard hensem mu itu...

CiK GeE ~ Mengapa blog mu diprivasikan? 

WaNieS ~ Sampaikan salam Uncle Pondok pada Qalief.. 

HaNa HaDi ~ Sejumlah 22  CJ7 di blog mu.. jaga makan dan minum mereka ok..

JnA ~ Memang tidak dinafikan lagi.. kau memang hensem... =) 

ZaiDaTuL IzZaNi  ~ Di manakah ranting-ranting kering itu? adakah telah diliputi dengan bunga-bunga yg mekar itu?

MamA eMa ~ Seronok tengok mama sorang nii.. asyik sungguh jalan-jalan kesana kemari.... 

eEin aZrYn ~  serupa sepertiku.. sebulan sekali baru muncul kisah baru...

aL KiSaH ~ Gubahan "Aku yang sorang" tetap menjadi karya terhebatmu... hehe..

EinTaN ~ Kau memang cekal dan berani...binatang itu..aku sangat geli....

ChOkicHoKi ~ Kau di antara insan terawal menziarahi pondok ku..   

EmPaYar UtaMa ~ Luaskan Empayarmu...

SiTi AuNi ~ punya lama kau menyembang... baru kau tau itu org adalah uncle pondok usang.. 

FaRhaNa Zin~ Teruskan usaha dan perjuangan itu.. 

BuG LoVe ~ Jangan lupa gaji pertamamu.. hehe...

HanA AhMad ~ Selamat Pagi Rabu Hana! 

UjiE ~ Oitss... takde tiket wayang pree lagi ke?

TiranaAduka ~ Aku juga keturunan jawa yang tak tau cakap jawa...

ZeHan ILyaNa - Trademark mu tanpa kepala membuatku tertanya-tanya....

CaLiP - Dari dulu ku hendak bertanya... adakah kau mengumpul Shuriken dari Jepun?

kOrN - Adakah kau juga telah dijangkiti virus pemalas seperti ku... Apa pun yang penting update ok.. hehe..


Dan tidak lupa juga pada KizZ ,aDik NuRhaYati ,CWeEt PinKy, BrO L , eLie LiLy, kAk KaMsiAh, aDik DeqLa, MaMa QhaYrA, fAtIn, iZaRa, mAwAr BeRduRi, SopHieCtPaYonG , HunNyBunNy dan pada semua sahabat-sahabat dan ratusan Followers yang pernah meninggalkan komen dan tapak kaki kalian di sini... LovE u All....


~Terasa Gigihnya Aku Buat Ini Entry....~

Tuesday, January 1, 2013

Azam Tahun Baru...



Selamat Tahun Baru Sahabat-sahabatku... Teruskan Perjuangan Dengan Keimanan... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...