Saturday, December 24, 2011

Asal Usul Keturunan..Sangat Kagum...

Lama sangat tak update.. Baru balik dari Melaka.. bercuti sambil mencari dan mengkaji asal usul keturunanku…Baru ku tahu keturunan sebelah ayahku dari keturunan Da eng Ma le la... seorang pahlawan yang pernah menjadi ketua ketika mempertahankan tanah Melaka daripada serangan Portugis pada tahun 1511.. Manakala sebelah ibuku pula adalah dari keturunan Raden.. Kemungkinan keturunan Raja-raja dari Jawa tengah yang juga berkait rapat dengan kerajaan Majapahit .. Fuhh,masih banyak lagi rahsia asal usul keturunan yang cube kuselongkarkan.. Agaknya siapa antara kengkawan yang tahu asal usul keturunan keluarga anda? Sebab seperti mana yang kita sedia maklum orang melayu di Malaysia ni banyak yang berasal dari luar tanah melayu.. Mana tau kita dari keturunan yang sama.. jom kita kongsi-kongsi bersama... =)

After the Portuguese captured Melaka, they built a fortress to defend themselves. The fortress, called A'Famosa suffered severe destruction during the Dutch invasion. What's left today is just the entrance walls, still well preserved till today

Tuesday, December 13, 2011

Buy 1 Free 1.. Terbaek...

Pengumuman : Jawapan untuk soklan teka-teki Edisi Cacamarba Bilangan 4 ialah "IKAN BAKAR" Dan pemenangnya ialah adik "Syazwana Jamal" ... Pemilihan pemenang adalah berdasarkan yang paling awal menjawab dan yang paling tepat jawapannya.Tahniah sekali kepada beliau. Nantikan Hadiah Misteri di dalam peti surat rumahmu. Pada rakan-rakan blogger lain cube lagi ye...

Nak cite sikit pasal debit card yang aku gune.. tadi aku pi beli tiket wayang utk esok punye celita.. dah tentu mau tengok opening Mission Imposible.. hehe.. dan mcm biasa aku tengok wayang sorang-sorang.. dah mcm sajak aku yang sorang la pulak..huhu.. aku beli la tiket tu gune CIMB Debit Mastercard.. ghupe-ghupenye debit card yg aku gune tu telah membolehkan aku dapat 1 lagi tiket pree.. Buy 1 Free 1 gitu...

~Beli 2tiket dengan Harga Rm11~

Lantaran itu aku terus tanya pada awek kaunter, sampai bile promosinye dan brape kali aku leh dapat itu tiket free. Makwe tu bagitau.. sampai 31Disember ni dan mungkin akan dilanjutkan hingga 30April12.. Sehari bule beli tiket sekali aje..maknenye setiap hari la kite leh dapat itu tiket free..Best gilee.. Dengan syarat beli gune CIMB Debit Mastercard dan hanya untuk GSC Cinema aje.. Yang paling peting mesti ade wang dalam saving akaun kita.. =) Bile aku bukak webside CIMB rupe-rupenye ada macam-macam lagi Debit Card Merchant Privileges nye.. Jadi pada kengkawan yg kaki movie, atau yg suke dating pi tengok wayang..Jangan berlengah lagi..Pada yang mmg dah ade card ATM CIMB.. lekas2 pi CIMB Bank terus pi tukar jadi Debit Card..


~Dah dapat satu tiket pree masalah jugak..nak ajak sape tengok..ade sesapa nak follow tak?? ~

Sunday, December 4, 2011

Edisi CacaMarba Bilangan 4

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...

Semoga hujung minggu kengkawan penuh dengan kecerian bersama keluarga tercinta.. Macam biasa slot Edisi Cacamarba.. dah tak sabar nak jawab teka-teki la tu.. hehe..


Preview Filem :
Misteri Jalan Lama.. misteri betul la ini celita.. hehe..kisah seorang pemuda dari keluarga bunian.. sewaktu kecil telah dijaga oleh bapa angkatnya
seorang manusia.. ikut perjanjian anak itu mesti dipulangkan kepada keluarga asalnya pada umur 25thn.. Costum dan pedang yg dugunakan Nasir Bilal Khan kelas gitu.. Dah macam Pedang Thundercats.. hihi..

Nostalgia :
Dulu rumah keluargaku dekat jabatan bekalan air, lantas aku telah ditipu bulat-bulat oleh abg dan kakak ku yg tank air berbentuk separa bulat itu adalah UFO.. Hari demi hari ku tunggu bila la UFO tu nak terbang..

Semasa :
Bandar kelahiranku Kajang telah dilanda bencana banjir terburuk
Jumaat lepas.. air sungaimeningkat secara mendadak, lalu melimpahi daratan.. jalan-jalan raya utamanya tak ubah seperti sebatang sungai yang mengalirkan air yang deras...

Hiburan :
Kerana minatku kepada irama Slow Rock dari waktu kecil.. Aku telah create satu group di dalam facebook yang diberi nama "Slow Rock Kapak". Setelah hampir 2tahun, group ini telah dihuni hampir 800 org termasuk dari kalangan artis Rock tanahair.


Macam - Macam :
SHAH ALAM - Sekumpulan ahli sindiket gores dan menang lunyai dibelasah
15 lelaki dipercayai keluarga kepada mangsa penipuan. Empat ahli sindiket
itu dipukul sehingga seorang drpd mereka berlumuran darah manakala yang lain mengalami cedera ringan.

Sukan :
Penjaga gol Malaysia Apek atau nama betulnye Khairul Fahmi seolah-olah merajuk dan berputus asa bila terfikir untuk bersara menamatkan kariernya lebih awal gara-gara kecewa dengan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Juga menyebabkan maruah diri dan keluarganya turut menjadi mangsa keadaan tersebut.

Sudut Teka Teki :
Soalan -> "Banyak-banyak ikan, ikan apa yang bila mati tukar nama orang lelaki?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...