Friday, November 30, 2012

Sudah lama.....



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...

Ok, Sudah lama aku tak update blog dan dah lama aku tak layan movie... Malam tadi aku layan cite "Life Of Pi"... Memang aku tunggu pun cite ni... Di adaptasi dari  Yann Martel's Booker Prize-winning novel..Bole dikatakan filem terbaik.. Ala-ala Castaway gitu. Bila mana Piscine Molitor Patel atau nama glamour nye PI, terpaksa berhijrah ke Canada bersama keluarga untuk membina kehidupan baru setelah tanah mereka yang menjadi tapak Zoo di India telah di ambil oleh pihak kerajaan. Hanya binatang-binatang di dalam Zoo sahaja yang masih menjadi milik mereka. Apa lagi  dibawanya sekali binatang-binatang tersebut untuk di jual di Canada. Dalam perjalanan mereka ketika berlayar bersama kapal kargo Jepun., lautan telah dilanda ribut kuat sehingga menyebabkan kapal yang mereka tumpangi karam. Hanya PI yang selamat dengan sampan kecemasan bersama beberapa ekor binatang seperti kuda belang, orang utan, dubuk dan juga satu lagi watak utama dalam filem ini iaitu Harimau Benggal yang diberi nama Richard Parker. Apakah kesudahannya perjalanan PI bersama Richard Parker dalam mengharungi hidup di tengah lautan yang luas itu. Kengkawan semua kene tengok laa.. hehe... Selamat menonton..

~Adaptasi dari ini Novel~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...