Friday, June 24, 2011

Melangkah ke Pusingan ke 3 & Kisah Arkitek di tengah padang

Tahniah Kepada Skuad bawah 23 apabila melayakkan diri ke Pusingan ke 3 Kelayakan Olimpik selepas menewaskan pasukan Lubnan 2-1 di Bukit Jalil. Kemenangan itu membawa Malaysia menjadi 12 pasukan terbaik dari asia utk merebut 4 slot ke sukan Olimpik nanti. Antara pasukannya ialah Malaysia ,Japan, South Korea, Australia, Uzbekistan, Saudi Arabia, Syria, Qatar, Iraq, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman. Pada perlawanan malam tadi, aku tertarik dengan player jersi No 12. Gary Robert namanya. Kelibatnya mengingatkan kembali kpd bekas playmaker kebangsaan yg juga menyarung jersi No 12 juga iaitu Azizul Abu Hanifah. Tapi sayang 10minit separuh masa ke 2 beliau dilayangkan kad kuning ke 2 seterusnya dibuang padang.

Siapa pula Azizul Abu Hanifah..? pada yg mengikuti Liga semi pro sekitar awal tahun 90an pasti teruja dengan kehebatannya. Waktu era kegemilangan nya usia aku baru 9tahun. Tapi aku tetap ingat kehebatan dan kelincahan pemain ini di atas padang. Sehinggakan pemain Arab Saudi Khalid Al Walid ketika era beliau memberi komen "Azizul Abu Hanifah adalah antara arkitek terbaik Asia waktu itu".. Tapi tu ler, kerana gejala rasuah yg menlanda bolasepak tanah air, Azizul terpaksa bersara awal dari kancah bola sepak.. Kita ikuti serba sedikit latar belakang beliau yg sy sunting dari laman web Malaya TIger Football..

Mungkin peminat atau penyokong Perak generasi baru tidak mengenali nama di atas. Azizul Abu Hanifah merupakan arkitek bagi pasukan Perak dan kebangsaan satu ketika dulu. Dengan nombor keramat iaitu '12' pada jerseynya dan ketajaman penyudah menjadikan beliau pemain yang disegani pada era awal Liga Profesional yang dikenali dengan nama 'Liga Semi-Pro'. Tidak silap saya beliau berasal dari Teluk Intan dan bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di PKNP, sebuah bangunan disebelah mahkamah Majistret di Ipoh. Seingat saya beliau merupakan pemain yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk pasukan Perak dan kebangsaan. Karier beiau hampir berkubur kerana kecederaan teruk akibat 'tackle' keras oleh pemain kedah iaitu 'Lim Teong Kim' di kaki beliau.

Bersama Perak beliau telah mengecapi kejayaan sulung Piala Fa pada tahun 1990 (saya masih darjah 3). Beliau turut disenangi oleh Pengurus Perak pada ketika itu, Dato Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Omar (Naib Presiden FAM kini) dan jurulatih, M.karathu. Saya masih ingat beliau pernah menjaringkan gol bertaraf dunia, iaitu dari penjuru tendangan sudut. kancah bolasepak negara dipenuhi dengan gejala rasuah pada masa itu. Azizul jua turut terlibat dan dikenakan hukuman buang daerah bersama pemain-pemain yang lain seperti P.Ravindran, Mohd Nazreen Chong dan lain-lain lagi.. Bagi aku kelibat beliau sukar ditemui dan dicari ganti hingga kini...

~Bila agaknya Malaysia dapat main Worldcup~

Thursday, June 16, 2011

Myvi Baru...



On the way balik keje tadi.. tringat Perodua Launch Myvi baru... Pi laa usha kat show room berdekatan... sekali tengok takdela beza sgt.. cume design lampu blakang n depan diubah sedikit... teknologi enjin pun lain juge rasanya.. Kekuatan Enjin masih lagi 1.3CC. Harga aku tengok pun bole tahan.. hehe.. Dengar kabar angin juge hujung tahun Perodua nak kuar Model Myvi ni 1.5CC. Tapi walau mcm mana pun aku rase ia tetap jadi keta no 1 paling laris kat Malaysia.. Bagi aku kekuatan Perodua ni ada pada Toyota dan Daihatsu... Dan pengguna percaya dan yakin dgn kehebatan produk yg di keluarkan.. Jarang kita dengar Kereta Perusahaan Outomobil Kedua Malaysia ni mengalami masalah besar kan..



Dan aku penah sembang ngan mamat Perodua ni.. katanya, kalau lah Perodua dibenarkan keluar model kereta Sedan.. Merasa laa kite pakai Vios, Altis dan lain2 lagi dgn harga murah.. fuuhh...




~Bila laa nak rasa bawa Lamborghini Gallardo~

Wednesday, June 15, 2011

'Green Lantern' ini malam..




LUNCH TADI SEMPAT RUNNER PI BELI TIKET WAYANG.. HEHE.. NAK LAYAN MIDNITE GREEN LANTERN.. MCM BIASA, SORANG2 PUN JADI TENGOK MOVIE.. JANJI CITE BEST.. CITE ADAPTASI DARIPADA DC COMIC.. KIRE ADIK BERADIK DGN SUPERMAN LER NII...


Sunday, June 12, 2011

Sutera Bidadari..




Fuuh.. Akhirrnyaa yang dinanti-nantikan telah muncul... Sutera Bidadari.. kesinabungan selepas Cinta Sufi dan 3 episod sebelum ini.. antara karya terhebat abg RAM.. okey ler..sudah tidak sabar nak mengembara sama Saifudin hero dalam ini cerita...




~Ini novel ada sambungan lagi...~

Dylan Dog : Death of Night

Layan Movie lagi... hehe.. itu je laa keje aku... Dylan Dog.. cite diadaptasi dari siri komik yg mmg femes.. tapi tu la kadang2 aku tefikir gak, mat saleh pun dah ketandusan idea.. kalau tak cite komik.. cite novel depa buat movie..



Dylan Dog ni cite pasal penyiasatan.. Dylan ni nama hero nye laa.. beliau seorang penyiasat persendirian.. bukan siasat kes2 biasa... tapi siasat kes luar biasa yg melibatkan segala jenis hantu kat amerika tu.. mcm biasa ada vampire, werewolf dan zombie... hantu raya jek takde.. hehe...





~Mesti best kalau true story Pakcik Tamar Jalis ke layar perak..~

Wednesday, June 8, 2011

Super8 @ SuperB




Baru balik dari tengok cite Super8.. Ini laa keje aku, takde nak buat ape.. pi layan movie.. sorang2 pun jadik.. pengarah cite ni Steven Spielberg @ JJ Abrams.. semangat jugak laa aku nak tengok cite ni... cite Steven Spielberg ye tak.. plot cerita yg buatkan kite tefikir menatang ape Super8 nii.. Abis semuo besi dirembatnya.. Ghupenyee Alien.. hehe.. Cite ok ler.. diselitkan skali kisah famili dan sahabat.. yang paling best budak2 yg blakon cite nii.. kiut2 jek...




~Transformers 30JUn2011~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...