Friday, June 24, 2011

Melangkah ke Pusingan ke 3 & Kisah Arkitek di tengah padang

Tahniah Kepada Skuad bawah 23 apabila melayakkan diri ke Pusingan ke 3 Kelayakan Olimpik selepas menewaskan pasukan Lubnan 2-1 di Bukit Jalil. Kemenangan itu membawa Malaysia menjadi 12 pasukan terbaik dari asia utk merebut 4 slot ke sukan Olimpik nanti. Antara pasukannya ialah Malaysia ,Japan, South Korea, Australia, Uzbekistan, Saudi Arabia, Syria, Qatar, Iraq, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman. Pada perlawanan malam tadi, aku tertarik dengan player jersi No 12. Gary Robert namanya. Kelibatnya mengingatkan kembali kpd bekas playmaker kebangsaan yg juga menyarung jersi No 12 juga iaitu Azizul Abu Hanifah. Tapi sayang 10minit separuh masa ke 2 beliau dilayangkan kad kuning ke 2 seterusnya dibuang padang.

Siapa pula Azizul Abu Hanifah..? pada yg mengikuti Liga semi pro sekitar awal tahun 90an pasti teruja dengan kehebatannya. Waktu era kegemilangan nya usia aku baru 9tahun. Tapi aku tetap ingat kehebatan dan kelincahan pemain ini di atas padang. Sehinggakan pemain Arab Saudi Khalid Al Walid ketika era beliau memberi komen "Azizul Abu Hanifah adalah antara arkitek terbaik Asia waktu itu".. Tapi tu ler, kerana gejala rasuah yg menlanda bolasepak tanah air, Azizul terpaksa bersara awal dari kancah bola sepak.. Kita ikuti serba sedikit latar belakang beliau yg sy sunting dari laman web Malaya TIger Football..

Mungkin peminat atau penyokong Perak generasi baru tidak mengenali nama di atas. Azizul Abu Hanifah merupakan arkitek bagi pasukan Perak dan kebangsaan satu ketika dulu. Dengan nombor keramat iaitu '12' pada jerseynya dan ketajaman penyudah menjadikan beliau pemain yang disegani pada era awal Liga Profesional yang dikenali dengan nama 'Liga Semi-Pro'. Tidak silap saya beliau berasal dari Teluk Intan dan bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di PKNP, sebuah bangunan disebelah mahkamah Majistret di Ipoh. Seingat saya beliau merupakan pemain yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk pasukan Perak dan kebangsaan. Karier beiau hampir berkubur kerana kecederaan teruk akibat 'tackle' keras oleh pemain kedah iaitu 'Lim Teong Kim' di kaki beliau.

Bersama Perak beliau telah mengecapi kejayaan sulung Piala Fa pada tahun 1990 (saya masih darjah 3). Beliau turut disenangi oleh Pengurus Perak pada ketika itu, Dato Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Omar (Naib Presiden FAM kini) dan jurulatih, M.karathu. Saya masih ingat beliau pernah menjaringkan gol bertaraf dunia, iaitu dari penjuru tendangan sudut. kancah bolasepak negara dipenuhi dengan gejala rasuah pada masa itu. Azizul jua turut terlibat dan dikenakan hukuman buang daerah bersama pemain-pemain yang lain seperti P.Ravindran, Mohd Nazreen Chong dan lain-lain lagi.. Bagi aku kelibat beliau sukar ditemui dan dicari ganti hingga kini...

~Bila agaknya Malaysia dapat main Worldcup~

1 comment:

  1. Bila Gary Robbat nak diserap skuad senior..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...