Tuesday, December 4, 2012

Biskut Febret...


Ini la biskut febret ku... Biskut kering cap pingpong.. Pekene pulak cicah ngan ayaq kopi ke, tea o ke, milo ke..memang terbaik la..Memandangkan stok biskut tersebut dah abis..aku pun pi la beli kat satu pasaraya semalam..time nak bayar makwe casher tu bitau.. limit bule beli 2 pack je.. aik, biar behtul.. Biskut pun barang terkawal gak ke..dah macam minyak masak la pulak... Haiyaa...

Friday, November 30, 2012

Sudah lama.....



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...

Ok, Sudah lama aku tak update blog dan dah lama aku tak layan movie... Malam tadi aku layan cite "Life Of Pi"... Memang aku tunggu pun cite ni... Di adaptasi dari  Yann Martel's Booker Prize-winning novel..Bole dikatakan filem terbaik.. Ala-ala Castaway gitu. Bila mana Piscine Molitor Patel atau nama glamour nye PI, terpaksa berhijrah ke Canada bersama keluarga untuk membina kehidupan baru setelah tanah mereka yang menjadi tapak Zoo di India telah di ambil oleh pihak kerajaan. Hanya binatang-binatang di dalam Zoo sahaja yang masih menjadi milik mereka. Apa lagi  dibawanya sekali binatang-binatang tersebut untuk di jual di Canada. Dalam perjalanan mereka ketika berlayar bersama kapal kargo Jepun., lautan telah dilanda ribut kuat sehingga menyebabkan kapal yang mereka tumpangi karam. Hanya PI yang selamat dengan sampan kecemasan bersama beberapa ekor binatang seperti kuda belang, orang utan, dubuk dan juga satu lagi watak utama dalam filem ini iaitu Harimau Benggal yang diberi nama Richard Parker. Apakah kesudahannya perjalanan PI bersama Richard Parker dalam mengharungi hidup di tengah lautan yang luas itu. Kengkawan semua kene tengok laa.. hehe... Selamat menonton..

~Adaptasi dari ini Novel~


Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Qurban.....


"Berjuang berkorban demi cinta 
Suka dan duka suratanNya 
Mengenal makna jalan bahagia 
Masa yang silih berlalu 
Semakin hampir saat itu 
Ya Tuhan tunjukkan 
Moga selamat bersamaMu"

~Salam Aidiladha Dariku Buat Sahabat Semua~

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday 3...

Pagi-pagi sudah dikejut oleh ibu terchenta....Pergi ke pasar mencari daun palas... Ok, tak sabar pula nak makan ketupat palas di pagi raya Aidiladha... =) 

Thursday, September 20, 2012

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi...


Kepada bakal-bakal Haji dari tanahair... Semoga segalanya berjalan lancar ketika berada ditanah haram dan segala amal ibadah dipermudahkan seterusnya mendapat ibadah Haji yang mabrur. Kat sini saya share kan link youtube live dari Masjidil Haram -> Live Dari Masjidil Haram

Saturday, September 1, 2012

Cinta dan Teknologi

Assalamualaikum

Lama sudah tak bercerita.. almaklum lah Tuan Blog tengah sibuk mencari cinta... hehe.. perkataan "cinta" itukan umum.. Tak tau lah Tuan Blog mencari cinta ape yek.. dan bila sebut pasal cinta.. pasti kita sinonim dengan cinta si uda dan dara .. mesti berbezakan cara orang zaman dulu dan sekarang bercinta.. dan sedar tak sedar peradaban teknologi byk mengubah persekitaran percintaan tersebut. Mari kita bandingkan kisah cinta 20tahun lepas dengan cinta sekarang...


Pertemuan Cinta
Kalau dulu mencari jodoh di alam realiti.. Sekarang duduk rumah cari jodoh di alam maya..

Pondok Telepon
Aku pernah lalui zaman ni.. era kegemilangan public phone.. nak menunggu turn, toksah cite la.. sampai kan ade yg tak reti bahasa siap bawak kerusi dari umah duduk bergayut... Sekarang memasing dah guna Handphone, Siap ade video call lagi..

Surat @ Warkah
Kalau dulu surat menyurat pengubat rindu pada si dia.. paling syahdu yg boypriend jenis romantik.. siap bakar keliling kertas tu.. Sekarang toksah cite la.. sms, mms,whatsapp,bbm dan macam-macam lagila.. semuanye dihujung ibu jari anda... tak payah nak susah payah pi bookshop cari pen bau wangi.. kehkeh..

Gaduh dan Merajuk
Kalau dulu bergaduh dan merajuk.. luah je laa sorang-sorang kan... “I Hate U!!” jerit laa sorang-sorang kat dalam bilik... sekarang tidak lagi... kalau bole satu Malaya nak bagitau tengah gaduh dengan kekasih.. Abis segala-gala diluah kat dalam laman sosial..

Cinta Jarak Jauh
Kalau dulu si kekasih hendak pergi ke luar negara.. pasangannya setia menanti biarpun tanpa khabar berita. Bila pulang ke tanahair si pasangan siap bawak balik anak bini... alangkah kucewanya... Sekarang tidak lagi.. hari-hari boleh pantau... dunia tanpa sempadan kan..

Apa pun.. walau sehebat mana kita bercinta dan sehebat mana pun teknologi dunia.. Suruhan tuhan jangan diabaikan.... Setiap waktu kite leh update facebook , jangan sampai yang 5 waktu yang wajib tu kita tak update okeh... Jumpa lagi... =)

Friday, August 31, 2012

Hari Kebangsaan...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitrah...

Allahu Akbar, Allahu Akbar...Salam Aidilfitrah kepada sahabat-sahabatku dan umat Islam diseluruh dunia.. Semoga Allah menyuburkan rasa kasih sayang dan mencucuri RahmatNya serta mengampuni dosa orang yang terdahulu dari kita. Salawat dan Salam keatas Junjungan Besar Rasulullah SAW.. Maaf Zahir dan Batin...

Friday, August 3, 2012

Sahabat Rasullullah SAW...

Assalamualaikum sahabat-sahabatku...

Sekejap sangat masa berlalukan... malam ni dah masuk Hari ke 15 Ramadhan... Moga kita terus berusaha mencari keberkatan hingga ke akhir Ramadhan. Untuk post kali ni saya selitkan video yang si sharekan oleh kenalan di FB yang diambil dari youtube.. kisah tentang sahabat Rasulullah SAW yang masih ada hingga kini.. Semoga rasa rindu kita semakin mendalam kepada Rasulullah SAW.

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ




Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...

Syukur ke hadrat Ilahi... Alhamdullillah, di panjangkan umur kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, pengampunan dan rahmat... Ramadhan Al-Mubarak.. Dikesempatan ini ku pohon seribu kemaafan segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita disini... Selamat menunaikan ibadah puasa.. Kita jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik dari yang sebelumnya...
InshaAllah... =)

Wednesday, July 18, 2012

Last Movie....

Assalamualaikum...

Semoga kengkawan semua sehat walafiat hendaknya... Sabtu ni bermulalah bulan yang dinanti-nantikan.. bulan yang penuh dengan keberkatannya iaitu Ramadhan Al-Mubarak... Dan esok hari. sempat lagi tu nak pi layan last movie sebelum Ramadhan.. Cite ape? tak lain tak bukan kesinabungan kisah Adiwira "Batman : The Dark Knight Rises". Dengar dalam episod ni watak Batman di mati kan. Fuhh, adakah tiada lagi sambungan selepas ini.. Tak sabar nak tengok esok... =)


Monday, July 9, 2012

Maulud, Tahlil & Qasidah...


Diadakan diteratak ibubapa ku.. Tetamu istimewa anak-anak Ribath Syeikh Ibrahim dari Shah Alam.. Alunan Qasidah yang dibawa benar-benar mendalami kecintaan dan kerinduan pada Junjungan Besar Rasullullah (SAW)


Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday 2...

Kerinduaan... Semoga ada keizinanMu untuk ke sana lagi... =)

Thursday, May 31, 2012

Santai Bersama Bro Sham Kamikaze...

Assalamualaikum....

Kelmarin pergi show konsert Abg Sham Kamikaze... Mana mungkin ku
lepaskan peluang, lokasi konsert pun dokek je ngan umah...Actually sebenarnya bukanla konsert.. hehe..Iannya program ceramah yg slotnya diselitkan sedikit dengan sesi Jamming bermain gitar bersama Abg Sham.. Tujuannya adalah untuk menarik anak-anak muda supaya sentiasa dekat dengan majlis ilmu dan seterusnya cintakan Allah dan Rasulullah SAW..

~Bergambar kenangan bersama Sham Kamikaze~

Aku kagum dengan Abg Sham kita ni.. cara beliau menyampaikan kata-kata penuh dgn mutiara kata seolah beliau telah lama dididik dengan ilmu Agama.. Ketika porpularitinya sebagai pemain gitar tersohor ditahap kemuncak dan pendapatan tahunan mencecah RM300K.. dah ade pulak tu signature beliau kat model gitar Fender.. Beliau meninggalkan segala-galanya dengan berhijrah terus ke dunia seni yang satu lagi.. Iaitu dunia seni yang mengajak kita mendekatkan diri kepada yang Maha Seni... =)

Wednesday, May 23, 2012

Tiga Puluhan..

Orang kata angka tidak melambang apa-apa… Tapi aku risau juge... hehe.. kurasakan masa berlalu begitu pantas... dan hari ini genaplah 30tahun ku bernafas di mukabumi ini... semoga diri kita dijauhkan dari golongan orang yang rugi menggunakan masa.. Dan buat ibuku, usahlah terlalu risau..Teruskan berdoa untuk anakmu ini...andai ada, jodoh itu pasti hadir… =)

Monday, May 21, 2012

Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)

Rasa sekejap sangat masa berlalu... Syukur masih dipanjangkan umur ketemui kita lagi dengan bulan Rejab.. Sama-sama kita perbanyakkan doa untuk sentiasa menjadi hambaNya yang bertaqwa... Amin.... =)


Sunday, May 20, 2012

Mutiara Kata Malam Ke 2...

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan dan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

~Bila Sebut Kapal Layar Teringatkan Aku Pada Pensel Kaler Luna~

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday....

Assalamualaikum....

En Korn punye pasal... harini jugak aku update... 1st time buat entry "Wordless Wednesday"...

~Renung-Renungkan..~

What is wordless Wednesday?
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description... =)

Friday, May 4, 2012

Edisi CacaMarba Bilangan 5

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Ok.. Dah lama tak update... minta ampun... Semoga kengkawan sehat-sehat hendaknya... Kita terus ke slot Edisi CacaMarba Bilangan 5....


Preview Filem :
Marvel The Avengers - Rasanya takyah cite la kot... mesti ramai kengkawan yg dah tengok kan... terbaek! untuk yang kepala otak kartun mcm aku.. haha..

Berani Punya Budak - Pengarah Afdlin Shauki sekali lagi cuba nak buat kelainan dalam filem terbarunye. tapi, ontahlah.. sebenarnya filem lama, di ambil dari filem Thailand dan di translate kan suaranya kepada bahasa melayu.. Ala-ala kisah femes "Hang Tuah Fail SPM" dalam Youtube tuu... Tajuk "Berani Punya Budak" kurasakan sesuai ditujukan untuk sesiapa saja yang berani tengok ini celita.. hehe..

Sudut Agama :
Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Hiburan :
Seperti yang kita tahu Pelakon dan pelawak popular, Husni Mohd Rawi atau
Bob Kuman telah kembali ke Rahmatullah pada Khamis lepas..Al-Fatihah..

Informasi Teknologi :
Sesiapa Yang ade Ipod Nano Generasi pertama 1gig. Pegi Apple Store leh tukar ngan Ipod Nano Watch Generasi ke 6. Sangat la kiut ini Ipod. Aku pun sudah jatuh centa.. Harga Pasaran sekitar Rm400-450 (tidak termasuk tali jam.. fuh,toksah beli la.. hehe)

Sukan :
Rupa-rupanya pasukan bola sepak Sri Lanka yang dibelasah sehingga 6gol oleh Pasukan Senior Harimau Malaya sabtu lepas hanyalah Skuad bawah 21tahun Sri Lanka. Takkan pasukan Senior Sri Lanka pun taknak friendly dengan Malaysia kot..Alahaii..

Nostalgia :
Korang pernah tak lalui zaman TV kene ada lesen. Lesen tu kene gantung kat
dinding mcm lesen perniagaan. Yang takde lesen TV,bila Penguatkuasa datang check mula lah orang kampung gelabah sorok tv bawah katil lah, dalam bilik air lah, tutup dengan kain lah dan macam-macam lagi lah..hehe.. Lesen TV telah dimansuhkan sekitar tahun 1994.

Fakta :
Kapal Titanic yang tenggelam adalah salah satu kecelakaan yang paling
terkenal dan termahal dalam sejarah. Tapi rasanya kisah centa Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater kat atas kapal tu lagi mahal kot.. hehe.. =)


Tuesday, April 17, 2012

Senyum tak perlu kata apa-apa.... =)

~Sudah Terer Kira-kira Nombor Arab.. Hehe..~

Assalamualaikum...

Alhamdullillah... Setelah hampir 2minggu ku berada di tanah Arab.. Jumaat lepas ku telah selamat kembali ke tanah air. Cuma sehari dua ni masalah tido belum stabil lagi.. Thanx sangat-sangat pada kengkawan yg mendoakan segalanya berjalan lancar ketika ku berada disana hinggalah selamat pulang ke sini. Dan bagi aku, hanya ada satu budaya "Senyuman" yg ku rasakan mungkin hanya terdapat di negara sendiri dan aku sangat-sangat berbangga.. iaitu senyuman sopan santun dan lemah lembut rakyat sendiri yg sentiasa membantu siapa saja tidak kira samada rakyat sendiri ataupun bangsa asing. Syabas Rakyat Malaysia!

Monday, March 26, 2012

Raudhah...


Assalamualaikum...
Sebutir kata-kata bicara buat sahabat-sahabat yang kukasihi... Ku mohon seribu kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita dilaman blog ini.. daripada penulisanku, kata-kataku hinggalah perbuatanku... sekali lagi andai ada salah dan silap mohon dimaafkan.. kerana kita adalah insan biasa yang pasti akan melakukan kesilapan samada yang zahir mahu pun yg tersembunyi... InshaAllah, 1 april ini ku akan berangkat ke Tanah Suci Makkah mengerjakan Ibadah Umrah.. Mohon doa sahabat-sahabat dan adik-adikku semoga dipermudahkan segala urusanku disana.. =)

Monday, February 27, 2012

Bila Bertemu Dengan Mesin Bayar Parking Yang Budiman...

Lorr.. tak abis-abis lagi ke cite budiman ni.. hehe.. untuk pengetahuan kalian.. tadi aku sendiri telah mengalami satu peristiwa panik dan mengagumkan...kerana aku telah dipertemukan dengan mesin bayar parking yg budiman lagi intelligent.. haha.. begini kisahnya, tadi aku pi jusco.. balik nak bayar ler kad parking.. bile aku masukkan je kad kat mulut mesin tersebut .. terus aku kaget sebentar.. pergghh, budiman betul mesin ni... dah kes wa kene beb ni... korang tengok gambar kat bawah ni..brape mesin budiman ni caj aku punye parking..
Ni kiraan matawang Malaysia ka matawang rupiah ini.. yang pelik tu, sore mesin tu leh pulak sampai ke angka four hundred n six ringgit.. Dengan perasaan tak pueh hati.. Aku pun usha la kad parking tu, lamo bonar ke aku parking.. ghupenye mmg lama gile.. aku start parking kat situ 20tahun lepas.. gambar kat bawah ni bukti aku dah parking kat jusco sejak dari tahun 1992... Jusco ni pun tak wujud lagi.... hehe...macam-macam hal..

~Mula Parking Sejak 01-01-1992~

Sunday, February 26, 2012

Bila Bertemu Dengan Abg Guard Yang Budiman...

~Gambar Hiasan :Abg Guard Yang Budiman~

Ini celita jauh sangat terpesong dengan kisah "Bila Bertemu Dengan Seorang Yang Jujur & Budiman"... Just a short story from my sahabat.. Kelmarin beliau nak gi inteview...tapi tersosat jalan.. biasala building kat area KL dan Putrajaya.. time taknak cari jumpe je.. time mencari mmg susah la nak jumpe... last2 dia pun berentila bertanya pada sorang security guard di kawasan berhampiran.. bak kata org tua-tua tak bertanya sosat jalan.

My Friend :
Assalamualaikum bang... Tumpang tanya bang.. kat mane Wisma Tani bang..
Abg Guard:
Oooo.. Wisma Tani senang je.. kau jalan depan hujung belah kanan.. kalau kau tak jumpe, kau cari mana bangunan kat bawah dia ada petani tengah bertani... haa, itulah Wisma Tani..
My Friend:
Terima kasih abg guard.. hari panas.. hati panas.. tapi kau menceriakan aku... terima kasih sekali lagi.....

Baru ku tau rupa-rupanya abg guard lagi budiman dari Space Cop Gaban.. Hehe
@.........Sekian.......@

Saturday, February 25, 2012

Mutiara Malam...

~Aku Ibarat Burung Hantu Yang Tak Tido-Tido Lagi~

"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri"

Sunday, February 5, 2012

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul..
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh…..

Lama sungguh tak mengupdate, menaip, menukil dan menggambarkan ape yg ingin digambarkan kat sini… macam menghilang pulak.… hilang tak bererti selamanya… selagi tuhan masih memberikan nafas utk terus hidup kat bumi yg nyata ini… pasti ku kan setia di sini bersama semua… menyampaikan apa yg ingin ku sampaikan… xpecially pada kawan2 blogger yg nama korang bertahta menjadi followers kat list sebelah tu…selama aku hilang ni pun…bukan sbb aku gi mengembara ke atau pun mengembala… tapi aku lebih berseorangan….Layan jiwa yg kacau… yg gundah gulana… kadang-kadang…aku pun tak tau ape yg aku fikirkan… mungkin satu ilham yg aku cari... satu ilham yg boleh kita kongsi bersama.. aku rasa tibalah masanya untuk aku mengubah ape yg ingin aku ubahkan… Diharapkan sahabat semua dapat menghayati apa yang ingin ku adaptasikan disini… Semoga kita semua dilimpahi dgn nur rahmat dariNya dan sentiasa mengikuti ajaran Sunnah Rasullullah(SAW) dalam kehidupan… Selamat menyambut Maulidur Rasul dariku.... =)

Friday, January 27, 2012

Pengertian Cinta...


Dan sesungguhnya kebenaran ini adalah nyata
Apa yang ada di langit dan bumi adalah cinta
Kerana kasihnya disertai bukti dan dirasai

Bagai mentari menyerapkan kasih kepada bumi
Dan alam ini menaburkan rezeki pada insani
Kerana kasihNya tiada terbatas tiada terperi

Segala keindahan dilukiskan dengan nikmat kehidupan
tiada terbatas pemberian yang kau hulurkan
tanda keangungan kasih sayang yang engkau curahkan
masih ada yang tidak sedar kasih padaNya

Dan sesungguhnya pengertian cinta begitu jua
Apa yang ada dilangit dan bumi adalah cinta
Kini hati rasa dengan mata hati insan sejati


Info : Kumpulan Skala merupakan sebuah kumpulan rock berasal dari Ipoh yang merakamkan album pada tahun 1992. Mereka popular dengan lagu Digenggam Sepi dan Pengertian Cinta

Tuesday, January 3, 2012

Bila Bertemu Dengan Seorang Yang Jujur & Budiman..

~Gaban juga dikatakan mempunyai nilai seorang jujur dan budiman~

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ni aku asyik mengelamun dan kadang kala lupa dan alpa... takkan kerana asyik mengkaji asal usul keturunan sampai aku jadi macam ni.. atau mungkin stress ditempat keje barangkali.. hinggakan pada satu hari.. aku pi cucuk duit kat ATM machine.. lepas aku tekan amaun wang yang aku inginkan, aku pun tunggu ler proses mesin tersebut...dalam keadaan kepala otak aku fikir ntah ape ntah.. dengan selamber je aku amik kad pastu terus bla... lepas beberapa langkah aku meninggalkan mesin ATM tersebut... aku terdengar org panggil.. “bro,bro... duit bro ni taknak ke..” fuhh, duit aku ler tu.. mcm mana la aku leh lupa.. padahal tujuan utama ku ialah nak kuarkan duit… terharu aku beb..betapa jujur dan budiman nya pemuda tersebut.. kalau aku pompuan lama dah aku ngorat beliau.. Konklusinya, bagi aku masih ramai lagikan insan diluar sana yang kejujurannya setahap Space Cop Gaban... ala-ala penyelamat gitu.. kalau tak sudah terbang wang ku kerana kelalaian ku sendiri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...