Saturday, November 26, 2011

Kenapa Aku Suka Tengok Filem Tamil...

Hari ni aku nak berbicara ringkas tentang "Kenapa aku suka tengok filem tamil.." aku start belajar layan cite tamil sejak di bangku sekolah lagi.. Seperti juga rakan blogger kita adik Faten Asnida... juga mempunyai hobi dan minat yg mendalam terhadap filem tamil.. sehinggakan sampai satu tahap beliau berangan-rangan nak ada pakwe berkulit hitam manis.. abis pecah rahsia ko.. hehe..jangan marah ek.. Tambah pulak kalau cite lakonan Superstar Rajinikanth.. mmg terbaek la.. pada yg mengikuti filem tamil confirm kenal la dengan ini actor.. Antara hero paling tak hensem.. tapi gaya, mutu dan keunggulannya sudah cukup untuk memukau setiap insan yang menonton lakonan beliau.. hihi..

Antara rahsia kehebatan filem tamil ialah :

1. Bab lawan antara yang paling best.. tak kira laa brape ramai org jahat ke..
steady je si Hero menewaskan musuh-musuhnya..

2. Sentiasa memaparkan keadaan sebenar negara sendiri seperti mengutuk dan menentang korupsi kerajaannya spt gejala rasuah didalam filem.

3. Lagu dan tarian.. memang sinonim laa dengan cite tamil..pernah satu kes dulu kat India producer filem nak buat pembaharuan la pada filemnya dengan tidak memasukkan babak lagu.. Sekali penonton sudah mengamuk kasi bakar panggung beb..gara-gara tak puas hati takde lagu punye pasal...

4. Polisnya juga tidak boleh dipercayai kerana bersekongkol dgn geng jahat. Watak Polis jahat mmg takkan ada dalam filem melayu kita sampai bila-bila.. hehe...

5. Macam biasa ending filem, hero dah kasi pukul habis semua org jahat..Polis baru datang..

Adakah kengkawan mempunyai minat yang sama? mari kita kongsi-kongsikan bersama.. hehe...


Pengumuman : Jawapan untuk soklan teka-teki Edisi Cacamarba Bilangan 3 ialah "Bulan Februari kerana hanya ada 28 hari aje dalam bulan tersebut"Dan pemenangnya ialah"Arra Ahmad" ... Pemilihan pemenang adalah berdasarkan yang paling awal menjawab dan yang paling tepat jawapannya.Tahniah sekali kepada beliau. Nantikan Hadiah Misteri di dalam tong surat rumahmu. Pada rakan-rakan blogger lain cube lagi pada soalan teka-teki akan datang..

Friday, November 18, 2011

Edisi CacaMarba Bilangan 3

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh....

Hope Kengkawan semua cihat bersama keluarga tercenta... Minta ampun sudah lama tidak update.. untuk tidak melengahkan waktu kite teruskan dengan Edisi Cacamarba Bil 3... Anggapla Entry Cacamarba ni gabungan Entry-entry ku sepanjang minggu... hehe.. =)


Preview Filem :
Ada 3 filem yang aku tengok...
1. The Adventures of Tintin. mmg terbaek utk kepala otak katun mcm aku.. filem animasi 3D teknologi CGI ini sekali lagi telah membuktikan lepas ni tak payah gune pelakon lg dah...)

2.Immortal. kurang action..aku ingatkan cite semantap movie 300..lebih berunsur kepada kisah dewa-dewi..)

3.Abuya. Bagi aku filem cut cos.. tahap penghasilan filemnya pun tak sampai taraf utk tontonan dilayar Perak..)

Nostalgia :
Anak-anak sekarang tidak akan tahu betapa besarnya jasa Pen Kilometriko kepada Tape(Keset) gara-gara nak jimat bateri walkman punye pasal... hehe..

Macam-macam :
Prihatinnya rakyat Malaysia bila.... Macam biasa aku pegi keje lambat.. dah tau lambat merempit dgn kadar kelajuan terhebat.. dlm pejalanan ade motor eksiden la pulak depan mata... teruk jugak mamat tu..aku pun mengofferkan diri nak antar beliau ke spital.. naik la kitorang motor bersama.. separuh perjalanan mamat tu kata nak pitam la pulak.. secara automatisnya terus aku berenti tepi jalan atas flyover.. dan disebabkan kejadian tesebut.. jalan boleh jadi jam.. yg aku dok menahan keta takde yg berhenti.. semua yg lalu hanya 'prihatin tengok' dan teruskan perjalanan..Fuhh, Prihatin sungguh rakyat kite ni kan..

Hiburan :
Gua pi konsert White Snake babe.. dressing pun kene rock laa..
dgn jacket jeans nye..hehe..tak sodar diri dah tua.. actually dpt tiket pree.. kalau nak beli tiket harga RM300 sorry la nakpegi.. tapi mmg terbaek laa.. walaupun vokalis nya umur dah 60thn.. sore still maintain..

Informasi Teknologi :
Philips dan Sony adalah yg terawal membuat kajian mencipta compactdisc(cakerapadat)..Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982.. Dan di negara kita CD ni femes sekitar hujung tahun 90an.. kerana harga di Malaysia yang agak mahal Compact Disc telah dijadikan
hiasan diri dgn menggantungnya di leher oleh segelintir budak-budak Rappers Yo! seperti kumpulan 4U2C waktu itu.. hehe...


Hal Ehwal Agama :
Bila Sumpah Gengster dgn tarian ghairah buka ‘ritual’.. berlaku kat Manjung baru-baru ni..Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliahmenjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi pihak berkuasa..
Fuhh..sangat merisaukan...

Sukan :
Tahniah kepada Skuad B-23 Harimau Malaya kerana telah menempah tempat ke pusingankalah mati di sukan SEA selepas menundukkan pasukan tuan rumah Indonesia malam tadi. Tapi harus diingat yang menanti lawan Malaysia ialah Vietnam Atau Myanmar yang tidak kurang hebatnya.

Sudut teka-teki :
Perangai pompuan banyak cakap..Tapi dalam setahun, ada satu bulan tu, pompuan akan kurang bercakap.. bulan apakah? - Rakan Blogger yang terawal dapat jawab dgn tepat, hadiah misteri menanti anda..


~Ku Kene pi Kursus kat Janda Baek selama 3hari Bermula Hari ini.. Salam Rindu dariku utk Kengkawan semua~

Saturday, November 12, 2011

Penceroboh Dikenal Pasti..

Entry lepas.. pasal "Pondok Usangku Kene Ceroboh".. punyala tak puas hati aku siasat abis-abisan.. akhirnyaa.......... Aku dah agak dah.. betul ckp kengkawan.. memang orang U.S yang hack Pondok Usang ku.. nak bukti apa lagi.. gambar kat bawah ni dah cukup merungkai segala persoalan.. korang tengok siaran kat TV setelit tu tunjuk ape.. siap senyum lagi lepas serang gua punya pondok.. memang dasar penjenayah dunia...

~Kengkawan hati-hati ya dengan ini orang~

Wednesday, November 9, 2011

Pondok Usangku Kene Ceroboh...

~Hero Idaman Malaya Ciptaan Adik Zureen~


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....

1stly Thanx 2 Adik Zureen Suka Sushi Kerana Telah Memilihku Jadi Hero Kat Sketsa Aidiladha beliau.. Sangatla Kiut.. .

~Pondok Usang Yang Tiba2 Hilang~

Minggu ni aku mengalami kecuakkan yg bole tahan hebatnya.. Pondok usang
telah mengalami serangan misterius dari dalam dan luar pondok.. Aku dapat msg dari seorang sahabat blogger yg mengatakan Pondok Usangku dah kene sita.. Apakehelnye pulak ni.. aku pun apa lagi dengan cargasnya terus bergegas pulang ke Pondok Usang..bile aku open je page Pondok Usang terus terpapar spt gambarajah di atas... "Sorry, the blog at hedzwan.blogpsot.com has been removed.." Terus kaget gua beb.. kalau betul kene remove mmg gua terus pencen je dari berblog.. rasenye kengkawan pun pnah jadi mcm ni kot kan..kenapa eh...


~Kaler Merah Tanda Marabahaya...~

Aku ingatkan lepas kejadian tu dah setel la.. ghupenye email blog aku pulak kene ceroboh.. Bukan org dekat yg hack..nun kat U.K sana tu.. Lihat gambarajah di atas.. Google siap highlight kaler merah lagi.. Apakah motip mereka.. kalau ini Pondok Usang sefemes dgn blog-blog mereka yang femes takpe jugak kan... Fuhh, apa pulakla yang akan tejadi lagi lepas ni yekk..


Pemberitahuan : Untuk soklan teka teki Cacamarba Bil 2, takde sape yg dapat jawab dengan betul. Jawapan utk teka-teki tersebut ialah "INTISARI RANCANGAN".. Oleh itu, tepakse la aku pehabiskan Sekeping hadiah misteri berupa Voucher KFC hingga menjilat kaki itu.. hehe..

Wednesday, November 2, 2011

Edisi CacaMarba Bilangan 2

Dari Meja Blogger : Owh Kengkawanku .. Sorry sgt-sgt.. Ini Pondok Usang tidak hilang.. ade je ni.. Cume owner pondok usangnye aje yg ntah mana hilangnye ntah.. putuihh cinto frust tertungging agaknyo dio.. hehe... Anyway, Gua appreciate sgt ngan korang semua... yg masih menanti, yg tak jemu bertanya kabar dan yg setia menyinggah..terharu beb.. sorry again sobab dah lamo tak hiburkan kalian semua.. We may only hav been connected by words.. But words are powerful rite.. Akhir kata, macam biasak di awal bulan ku persembahkan Edisi Cacamarba utk kalian.. =)


1. Preview Filem : In Time... tengok movie ni lastweek.. Lakonan Justin Timberlake.. kisah berlatar belakangkan masa depan.. waktu ni dunia mengalami pertumbuhan populasi manusia yg berlebihan.. Jadi diorang genetik kan manusia hanya boleh hidup 25tahun aje.. agak merepek.. tapi layan je laa.. hehe...

2. Nostalgia : Buat pertama kalinya aku disuruh oleh ibu ambik serai yg ditanam dirumah jiran.dengan over konfidennya aku membawa pulang daun serai.

3. Macam-macam : Bila penagih dadah serahkan diri di balai polis. Sadis jugak bile aku baca kisah ni kat paper metro..Dia cube nak berubah dan insaf..tapi keluarga dan masyarakat disekeliling tak terima beliau.. last2, dia bawak dadah pi serah diri kat balai polis.. Katanya lagi rela dia duduk dalam penjara.. fuhh..

4. Hiburan : Aku semakin galak menyanyi lagu Farhana nyanyian kumpulan jinbara.. kenapa yek?

5. Informasi Teknologi : Aku diperkenalkan dgn MIRC @ Internet Relay Chat sekitar tahun 1998.. Baru2 ni aku saje-saje download itu MIRC.Rupenye masih wujud itu Chennel #Kampung #Mamak..dan penghuninya masih ramai juge.. "a/s/l plss..." hikhik...

6. Hal Ehwal Agama : Member aku keje kat JAIS Kajang.. Katanya dalam sehari ada 30-40 kes melibatkan permohonan cerai.. fuhh, takut den dongar.. apa puncanya ya..

7. Sukan: Tertengok video kat youtube, penyokong Negeri Sembilan kene pukul sama penyokong Terengganu gara-gara kes bakar bendera lepas game
Final Piala Malaysia tempoh hari.. Kenapala sampai jadi mcm ni yek..Kitakan 1Malaysia.. Jadilah penyokong yang matang...

8. Sudut Teka-teki : "Boleh di makan, boleh di pakai, boleh di tonton" sape dapat jawab dulu dgn jawapan yg tepat aku bagi sekeping hadiah misterius..


~Info : Edisi Cacamarba Setiap awal Bulan dan tengah Bulan~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...