Tuesday, March 22, 2011

Emas Oh Emas...

Hadith Nabi Muhammad S.A.W: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda : "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak". (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Sejak akhir2 nii.. Emas semakin popular di kalangan kita.. ada yg membelinya utk di jadikan aset jangka panjang, ada yg nak buat pelaburan... dan mcm2 lagi laa... tidak dinafikan ianya adalah aset yg terbaik kerana nilainya yang sentiasa meningkat tahun demi tahun... dan semua org tau urusniaga emas telah berlaku sejak zaman Nabi lagi... tetapi diatas keghairahan manusia yg seringkali mengikut hawa nafsu..kadangkala manusia jadi terlupa, atau buat-buat lupa, atau mmg tak tau tentang hukum-hakam yang diturunkan Allah(S.W.T). "Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, Mohon di jauhkan segala dosa-dosa yang zahir dan yg tersembunyi.."

Sedikit kupasan oleh USTAZ ZAHARUDDIN ABD RAHMAN tentang hukum membeli emas :

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli emas secara ansuran dan hutang, khususnya apabila emas yang dibeli adalah dalam bentuk jongkong emas atau emas keping yang bukan jenis yang tetah dibentuk menjadi perhiasan.
Kesemua empat mazhab Islam yang utama mengharamkan pembelian dinar emas sama ada pembayarannya dibuat secara ansuran ataupun penghantarannya dibuat secara ber­tangguh seperti proses menempah dan kemu­dian pihak penjual menghantarkannya kepada pembeli apabila stok emas yang ditempah telah ada.
Kedua-dua cara di atas adalah haram dan dikira riba, bukan sahaja menurut empat mazhab malah ia juga pendapat para sahabat seperti Ibn Umar r.a., Ubadah bin Samit r.a. dan ramai lagi.
Ini dikukuhkan lagi oleh fatwa beberapa ulama kontemporari seperti Prof. Dr. Ali Muhydin Qurah al-Daghi, Prof. Dr. Ahmad al-Kurdi, Prof. Dr. Ali Salus, Prof. Dr. Mohd Said Ramadhan al-Buti dan ramal lagi. (Rujuk pandangan empat mazhab dalam al-Mabsut, jil. 14, him. 4; al-Bayan wa al-Tahsil, jil. 6, him. 444; al-Tamhid, jil. 2, hlm. 246; al-Um, jil. 2, hlm. 32; Takmilah al-Majmu` oleh al­Subki, jil. 10, hlm. 83; Mughni al-Muhtaj, jil. 2, hlm. 25 dan al-Mughni oieh Ibn Qudamah, jil. 6, him. 60)
Oleh sebab itu, merujuk kepada soalan saudara, telah berlaku dua riba yang haram sekali gus dalam transaksi sebagaimana con­toh yang saudara berikan di atas, termasuk satu lagi pengharaman yang lain. Ini disebab­kan oleh:
1. Pembelian emas secara bayaran bertangguh, iaitu tidak dibayar secara tunai sepenuhnya ketika kontrak termeterai. Tatkala itu, berlakulah riba al-Nasiah.


2.Emas tidak diserahkan serta-merta setelah kontrak dimeterai, padahal Nabi s.a.w. telah mewajibkan serahan bayaran dan terima emas berlaku serentak dalam transaksi sebegini. Rujuk hadis sahih Muslim dan lain-lain.


3. Pengharaman juga berlaku kerana wujud unsur penangguhan dalam se­rahan barang jualan dan bayaran. Ini dikenali sebagai "menjual dengan bayaran hutang dan serahan juga hutang" atau istilah Arabnya ialah "bai al-dayn bi aldayn".

Ia telah diharamkan melalui hadis yang jelas. Ibn Umar ba. berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang menjual secara baya­ran hutang dan serahan pula bertangguh."
Apa yang boleh dilakukan apabila transaksi tersebut telah tamat adalah dengan rnembetulkan kembali transaksinya dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Dengan hal ini, perlu diingatkan emas khususnya dalarn bentuk syiling emas dan jongkong emas tidak boleh sama sekali secara se­pakat ulama untuk dibeli secara bertangguh ataupun pos yang mana serahan emas hanya akan berlaku melebihi tiga hari dari tarikh kontrak.



Saturday, March 12, 2011

Sesat Dalam Rindu..

Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu
-
Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku
-
Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara
-
Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta
-
Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih

Friday, March 11, 2011

Kurus kah..

Sejak kebelakangan ni semua org kata aku kurus dan semakin kurus... bila ditanya, tiada ungkapan jawapan.. hanya sekadar ku lemparkan senyuman... Allah Maha Mengetahui.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...