Monday, May 23, 2011

Appy Besday Too Me..

Bila lihat topic di atas.. sinonim laa dgn umur yg semakin tua... thanx pada rakan2 yang wish my besday dekat fb.. thanx Haniza bg hadiah yg sgt comey.. satu2 nya hadiah yg aku dpt di ulang tahun umurku yg ke 29tahun nii.. My family..? sorang pun tak ingat besday aku.. huhu..

Thursday, May 19, 2011

Light Of Love...

Cite apekah ini..?? opening today sama ngan cite Pirate of the Caribben : On Stranger Tides..
Jadi yg mana satu anda mesti tonton.. hehe....


~Andaiku Tahu...~

Wednesday, May 18, 2011

Smurf The Movie




Waahh.. ini cite katun masa aku kecik2 nii... waktu umur aku 6,7 thn.. sezaman ngan cite katun he man, Gummy bear, Little Pony, Thundercats dan mcm2 lagi la... kuar balik cite katun lama2 kan.. comey-comey jek...


~Ku tunggu cite Transformers ngan Real Steel...~

Monday, May 16, 2011

Life Is Like A Wheel

Life is like a wheel. Everyone will agree. From day to day there are different encounters. Different events. Different places. Different people. All are riding in the wheel of life.


~Saya Putar Halim.. (Roda impian)~

Sunday, May 15, 2011

Ohh.. Kekasih Gelapku....

ehh.. kekasih gelap? den makwe pun takde nak kekasih golap apo nyo... hee... yang kekasih gelap ni sebenarnya Boon Siew Honda kuarkan motor model baru yg cun melecun sampaikan di gelar kekasih gelap... jadi hati2 gadis2 di luar sana... pakwe mu kini mungkin sudah ada kekasih gelap.. hehe.. Nama model terbaru nya ialah Honda Dash 110.. Tanpa berlengah lagi kite terus berbicara tentang model yang di digembar gemburkan hebat ini...


Peminat-peminat motosikal keluaran Honda kini mempunyai lebih pilihan apabila Boon Siew Honda, pengedar rasmi motosikal berjenama Honda melancarkan motosikal kapcai terbaru, Honda Wave Dash 110. Motosikal ini berkapasiti 110cc, enjinnya sama seperti yang ada pada model sebelumnya iaitu Honda Wave 110RS. Gelaran untuk motosikal ini agak unik iaitu “Kekasih Gelapku”, di mana menurut penjelasan Honda motosikal ini sangat cantik sehingga boleh diandaikan sebagai kekasih kedua.

Tersedia dalam dua varian berbeza, Honda Wave Dash 110RSR dan Honda Wave Dash 110RS. Varian RSR merupakan versi spesifikasi lengkap yang mempunyai suis penghidup elektrik berbanding versi RS yang hanya mempunyai penghidup tendang. Varian RSR didatangkan dengan dua warna menarik Vivacity Red dan Luminous Orange, manakala RS mempunyai tiga pilihan warna seperti Vivacity Red, Mariana Purple dan Vital Blue Metallic. Keseluruhannya penampilan Honda Wave Dash 110 terbaru ini sangat menarik dan sporty, termasuk harga yang ditawarkan untuk bakal pelanggan. Honda Wave Dash 110RSR berharga RM5,268.00 dan Honda Wave Dash 110RS berharga RM4,998.00 (atas jalan dengan insuran), boleh dikatakan cukup kompetetif untuk bersaing dengan jenama motosikal lain sekelasnya. Motosikal ini boleh didapati dari pengedar mulai 15 Mei 2011.
Sumber Info Dan Gambar Dari Rakan Blogger - ArenaKereta.com


Itu ler serbe sedikit penjelasan tentang motor ini. Mau je aku trade in motor wave buruk aku tu dan angkat ini kekasih gelap. Tapi Honda CBR250 tetap menjadi idaman. alangkah indahnya jika ku dapat miliki CBR250 yang barharga dekat 20K itu.. Sungguh ku tak mampu.. hehe.. Jadi konklusinya pakai je laa motor kapchai sampai bila2...



~TAMAT~

Saturday, May 14, 2011

Kematian yang pasti...Allah lebih menyayangi...

Baru lepas pulang menziarahi kematian... adik kawan ku merangkap jiran setaman meninggal dunia awal pagi td.. Allahyarham masih muda.. baru 21thn.. kematian mengejut... sementara menunggu jenazah dari hospital tadi aku ada sembang-sembang dgn sorang akak yg aku anggap mcm akak sendiri di fb.. katanya skang ni ramai org muda yg mati secara tiba2.. mungkin atas faktor pemakanan yg tidak dijaga... ku paste kan sedikit hasil perborakkan kami.. Rasanya nasihat dan informasi yg kak Suraya sampaikan boleh dijadikan amalan harian kita...

Kak Suraya : Assalamualaikum w.b.t..boleh akak tahu siapa sebenarnya yg meninggal tu?

Hedzwan : wassalam.. adik kwn merangkap jiran setaman kak.. Meninggal tiba2.. Muda lg, awal 20an.. Allah syg kan dia kan.. Now jenazah kat spital lg.. Doc nak buat juge post motterm sbb mungkin tak pnah ada sakit sbelum ni..

Kak Suraya : Ya benar tu Allah sayang kan dia..cuma akak selalu dengar punca kematian diusia muda dari segi perubatan disbbkan makanan...fast food yg bnyk mengandungi bahan2 kimia dan skrng ni ramai org mati dlm tidur disbbkan masalah jantung..menurut pakar perubatan amalan makan dan minum air dingin (air batu) punca makan tdk hadam dan terjadinya lemak tepu yg menyempitkan saluran darah dan tersumbat..Allahualam...hati2 dan ambil berat soal pemakanan ya...mati bila2 tapi jika sakit berpanjang kesihan org yg menjaganya...walaupun sebenarnya sakit itu kifarah dosa.

Hedzwan : betul kak bg yg kita masih di berikan nafas ni mestilah menjaga kesihatan dgn sebaiknya.. Bila sakit telah bersifat, jin dan iblis juga mudah utk merosakkan nya lg.. begitulah yg di beritahu oleh keluarga Allahyarham.. Allahyarham sesak nafas.. Akak doakan juga utk sy diberikan kesihatan yg baik.. Terima kasih kak..

Kak Suraya : sama2..kembali...mungkin boleh cuba ubah cara pemakanan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w...dan dari ceramah Ustaz Mohd Kazim dia bnyk berkongsi cara pemakanan ustaz yg meniru cara pemakanan Nabi..setiap pagi minum air suam bercampur madu asli, makan kurma ajwa (mahal sedikit tapi khasiatnya dan menjadi pilihan Nabi kalau di johor RM175 per kg), kismis dari negara2 arab bukan dr amerika lebi h besar dan berkhasiat dari jenis yg baik2...diminum bersama air zam2...menurut ustaz dia hanya makan nasi seminggu sekali dan setiap hari makan oat bersama susu (seeloknya susu kambing sbb susu kambing bnyk khasiat berbanding susu lembu yg bnyk lemak), atau jika ikut cara Nabi makan roti dilapik potongan tembikai, dan Nabi sangat suka makan labu..makanan Nabi adalah sebaik2 pemakanan..dan ustaz kata dia mengikut cara pemakanan tu sbb tu dia sentiasa bertenaga walaupun berceramah dari seawal selepas subuh hgg lewat malam dan travel kesana kemari..Alhamdullilah..apa salahnya mencubakan dan merubah cara pemakan , lama alah bisa tegal biasa...



Salam takziah kepada Sahabatku Bali dan keluarga... Semoga Roh Allahyarham Firdaus dicucuri Rahmat dan berada di samping golongan orang yang Beriman... Al-Fatihah.......

Monday, May 2, 2011

ApPy BesDay RaiYan...



Hari ni Besday anak buah ku...Namanya Mohd Raiyan Jafni...Makin besar makin tak makan saman.. dah nama pun budak2 ye tak..




Tengok ler tuu.. tak sabar-sabar nak potong kek Ben10 nye....


Selamat Hari jadi yang ke-2 utk Raiyan....






~Opss.. Besday ku juge dah semakin tiba... itu tandanya ku dah semakin tua..~

Ade sape-sape sudi nak kemas ini meja...




Fuuh...lama sgt dah tak mencoret-coret kat sini... busy kah..?? kalau tak busy takde laa meja kat opis ku jadi mcm kapal pecah.. tak pun tabiat tuan punye meja mmg dasar pemalas.. hehe..

Yang pasti, hari demi hari silih berganti.. dikala usia tua sentiasa menanti... huh, terasa betul diri ni dah tua.. dan bile dah tua byk la masalahnya.. dan bile nak mencoret blog terasa pemikiran jadi slow, idea makin tandus.. kadang-kadang nak membina segugus ayat pun memakan 1 per 3 waktu.. mungkin juga aku terlalu byk bermain dgn perasaan yg dikala ini sgt gundah gulana.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...