Sunday, May 15, 2011

Ohh.. Kekasih Gelapku....

ehh.. kekasih gelap? den makwe pun takde nak kekasih golap apo nyo... hee... yang kekasih gelap ni sebenarnya Boon Siew Honda kuarkan motor model baru yg cun melecun sampaikan di gelar kekasih gelap... jadi hati2 gadis2 di luar sana... pakwe mu kini mungkin sudah ada kekasih gelap.. hehe.. Nama model terbaru nya ialah Honda Dash 110.. Tanpa berlengah lagi kite terus berbicara tentang model yang di digembar gemburkan hebat ini...


Peminat-peminat motosikal keluaran Honda kini mempunyai lebih pilihan apabila Boon Siew Honda, pengedar rasmi motosikal berjenama Honda melancarkan motosikal kapcai terbaru, Honda Wave Dash 110. Motosikal ini berkapasiti 110cc, enjinnya sama seperti yang ada pada model sebelumnya iaitu Honda Wave 110RS. Gelaran untuk motosikal ini agak unik iaitu “Kekasih Gelapku”, di mana menurut penjelasan Honda motosikal ini sangat cantik sehingga boleh diandaikan sebagai kekasih kedua.

Tersedia dalam dua varian berbeza, Honda Wave Dash 110RSR dan Honda Wave Dash 110RS. Varian RSR merupakan versi spesifikasi lengkap yang mempunyai suis penghidup elektrik berbanding versi RS yang hanya mempunyai penghidup tendang. Varian RSR didatangkan dengan dua warna menarik Vivacity Red dan Luminous Orange, manakala RS mempunyai tiga pilihan warna seperti Vivacity Red, Mariana Purple dan Vital Blue Metallic. Keseluruhannya penampilan Honda Wave Dash 110 terbaru ini sangat menarik dan sporty, termasuk harga yang ditawarkan untuk bakal pelanggan. Honda Wave Dash 110RSR berharga RM5,268.00 dan Honda Wave Dash 110RS berharga RM4,998.00 (atas jalan dengan insuran), boleh dikatakan cukup kompetetif untuk bersaing dengan jenama motosikal lain sekelasnya. Motosikal ini boleh didapati dari pengedar mulai 15 Mei 2011.
Sumber Info Dan Gambar Dari Rakan Blogger - ArenaKereta.com


Itu ler serbe sedikit penjelasan tentang motor ini. Mau je aku trade in motor wave buruk aku tu dan angkat ini kekasih gelap. Tapi Honda CBR250 tetap menjadi idaman. alangkah indahnya jika ku dapat miliki CBR250 yang barharga dekat 20K itu.. Sungguh ku tak mampu.. hehe.. Jadi konklusinya pakai je laa motor kapchai sampai bila2...



~TAMAT~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...