Friday, January 27, 2012

Pengertian Cinta...


Dan sesungguhnya kebenaran ini adalah nyata
Apa yang ada di langit dan bumi adalah cinta
Kerana kasihnya disertai bukti dan dirasai

Bagai mentari menyerapkan kasih kepada bumi
Dan alam ini menaburkan rezeki pada insani
Kerana kasihNya tiada terbatas tiada terperi

Segala keindahan dilukiskan dengan nikmat kehidupan
tiada terbatas pemberian yang kau hulurkan
tanda keangungan kasih sayang yang engkau curahkan
masih ada yang tidak sedar kasih padaNya

Dan sesungguhnya pengertian cinta begitu jua
Apa yang ada dilangit dan bumi adalah cinta
Kini hati rasa dengan mata hati insan sejati


Info : Kumpulan Skala merupakan sebuah kumpulan rock berasal dari Ipoh yang merakamkan album pada tahun 1992. Mereka popular dengan lagu Digenggam Sepi dan Pengertian Cinta

Tuesday, January 3, 2012

Bila Bertemu Dengan Seorang Yang Jujur & Budiman..

~Gaban juga dikatakan mempunyai nilai seorang jujur dan budiman~

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ni aku asyik mengelamun dan kadang kala lupa dan alpa... takkan kerana asyik mengkaji asal usul keturunan sampai aku jadi macam ni.. atau mungkin stress ditempat keje barangkali.. hinggakan pada satu hari.. aku pi cucuk duit kat ATM machine.. lepas aku tekan amaun wang yang aku inginkan, aku pun tunggu ler proses mesin tersebut...dalam keadaan kepala otak aku fikir ntah ape ntah.. dengan selamber je aku amik kad pastu terus bla... lepas beberapa langkah aku meninggalkan mesin ATM tersebut... aku terdengar org panggil.. “bro,bro... duit bro ni taknak ke..” fuhh, duit aku ler tu.. mcm mana la aku leh lupa.. padahal tujuan utama ku ialah nak kuarkan duit… terharu aku beb..betapa jujur dan budiman nya pemuda tersebut.. kalau aku pompuan lama dah aku ngorat beliau.. Konklusinya, bagi aku masih ramai lagikan insan diluar sana yang kejujurannya setahap Space Cop Gaban... ala-ala penyelamat gitu.. kalau tak sudah terbang wang ku kerana kelalaian ku sendiri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...