Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Semoga hujung minggu kengkawan penuh dengan kecerian bersama keluarga tercinta.. Macam biasa slot Edisi Cacamarba.. dah tak sabar nak jawab teka-teki la tu.. hehe..

Preview Filem :
Misteri Jalan Lama.. misteri betul la ini celita.. hehe..kisah seorang pemuda dari keluarga bunian.. sewaktu kecil telah dijaga oleh bapa angkatnya
seorang manusia.. ikut perjanjian anak itu mesti dipulangkan kepada keluarga asalnya pada umur 25thn.. Costum dan pedang yg dugunakan Nasir Bilal Khan kelas gitu.. Dah macam Pedang Thundercats.. hihi..
Nostalgia :
Dulu rumah keluargaku dekat jabatan bekalan air, lantas aku telah ditipu bulat-bulat oleh abg dan kakak ku yg tank air berbentuk separa bulat itu adalah UFO.. Hari demi hari ku tunggu bila la UFO tu nak terbang..
Semasa :
Bandar kelahiranku Kajang telah dilanda bencana banjir terburuk
Jumaat lepas.. air sungaimeningkat secara mendadak, lalu melimpahi daratan.. jalan-jalan raya utamanya tak ubah seperti sebatang sungai yang mengalirkan air yang deras...
Hiburan :
Kerana minatku kepada irama Slow Rock dari waktu kecil.. Aku telah create satu group di dalam facebook yang diberi nama
"Slow Rock Kapak". Setelah hampir 2tahun, group ini telah dihuni hampir 800 org termasuk dari kalangan artis Rock tanahair.
Macam - Macam :
SHAH ALAM - Sekumpulan ahli sindiket gores dan menang lunyai dibelasah
15 lelaki dipercayai keluarga kepada mangsa penipuan. Empat ahli sindiket
itu dipukul sehingga seorang drpd mereka berlumuran darah manakala yang lain mengalami cedera ringan.
Sukan :
Penjaga gol Malaysia Apek atau nama betulnye Khairul Fahmi seolah-olah merajuk dan berputus asa bila terfikir untuk bersara menamatkan kariernya lebih awal gara-gara kecewa dengan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Juga menyebabkan maruah diri dan keluarganya turut menjadi mangsa keadaan tersebut.
Sudut Teka Teki :
Soalan -> "Banyak-banyak ikan, ikan apa yang bila mati tukar nama orang lelaki?"