Thursday, May 31, 2012

Santai Bersama Bro Sham Kamikaze...

Assalamualaikum....

Kelmarin pergi show konsert Abg Sham Kamikaze... Mana mungkin ku
lepaskan peluang, lokasi konsert pun dokek je ngan umah...Actually sebenarnya bukanla konsert.. hehe..Iannya program ceramah yg slotnya diselitkan sedikit dengan sesi Jamming bermain gitar bersama Abg Sham.. Tujuannya adalah untuk menarik anak-anak muda supaya sentiasa dekat dengan majlis ilmu dan seterusnya cintakan Allah dan Rasulullah SAW..

~Bergambar kenangan bersama Sham Kamikaze~

Aku kagum dengan Abg Sham kita ni.. cara beliau menyampaikan kata-kata penuh dgn mutiara kata seolah beliau telah lama dididik dengan ilmu Agama.. Ketika porpularitinya sebagai pemain gitar tersohor ditahap kemuncak dan pendapatan tahunan mencecah RM300K.. dah ade pulak tu signature beliau kat model gitar Fender.. Beliau meninggalkan segala-galanya dengan berhijrah terus ke dunia seni yang satu lagi.. Iaitu dunia seni yang mengajak kita mendekatkan diri kepada yang Maha Seni... =)

Wednesday, May 23, 2012

Tiga Puluhan..

Orang kata angka tidak melambang apa-apa… Tapi aku risau juge... hehe.. kurasakan masa berlalu begitu pantas... dan hari ini genaplah 30tahun ku bernafas di mukabumi ini... semoga diri kita dijauhkan dari golongan orang yang rugi menggunakan masa.. Dan buat ibuku, usahlah terlalu risau..Teruskan berdoa untuk anakmu ini...andai ada, jodoh itu pasti hadir… =)

Monday, May 21, 2012

Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)

Rasa sekejap sangat masa berlalu... Syukur masih dipanjangkan umur ketemui kita lagi dengan bulan Rejab.. Sama-sama kita perbanyakkan doa untuk sentiasa menjadi hambaNya yang bertaqwa... Amin.... =)


Sunday, May 20, 2012

Mutiara Kata Malam Ke 2...

"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan dan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

~Bila Sebut Kapal Layar Teringatkan Aku Pada Pensel Kaler Luna~

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday....

Assalamualaikum....

En Korn punye pasal... harini jugak aku update... 1st time buat entry "Wordless Wednesday"...

~Renung-Renungkan..~

What is wordless Wednesday?
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description... =)

Friday, May 4, 2012

Edisi CacaMarba Bilangan 5

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Ok.. Dah lama tak update... minta ampun... Semoga kengkawan sehat-sehat hendaknya... Kita terus ke slot Edisi CacaMarba Bilangan 5....


Preview Filem :
Marvel The Avengers - Rasanya takyah cite la kot... mesti ramai kengkawan yg dah tengok kan... terbaek! untuk yang kepala otak kartun mcm aku.. haha..

Berani Punya Budak - Pengarah Afdlin Shauki sekali lagi cuba nak buat kelainan dalam filem terbarunye. tapi, ontahlah.. sebenarnya filem lama, di ambil dari filem Thailand dan di translate kan suaranya kepada bahasa melayu.. Ala-ala kisah femes "Hang Tuah Fail SPM" dalam Youtube tuu... Tajuk "Berani Punya Budak" kurasakan sesuai ditujukan untuk sesiapa saja yang berani tengok ini celita.. hehe..

Sudut Agama :
Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Hiburan :
Seperti yang kita tahu Pelakon dan pelawak popular, Husni Mohd Rawi atau
Bob Kuman telah kembali ke Rahmatullah pada Khamis lepas..Al-Fatihah..

Informasi Teknologi :
Sesiapa Yang ade Ipod Nano Generasi pertama 1gig. Pegi Apple Store leh tukar ngan Ipod Nano Watch Generasi ke 6. Sangat la kiut ini Ipod. Aku pun sudah jatuh centa.. Harga Pasaran sekitar Rm400-450 (tidak termasuk tali jam.. fuh,toksah beli la.. hehe)

Sukan :
Rupa-rupanya pasukan bola sepak Sri Lanka yang dibelasah sehingga 6gol oleh Pasukan Senior Harimau Malaya sabtu lepas hanyalah Skuad bawah 21tahun Sri Lanka. Takkan pasukan Senior Sri Lanka pun taknak friendly dengan Malaysia kot..Alahaii..

Nostalgia :
Korang pernah tak lalui zaman TV kene ada lesen. Lesen tu kene gantung kat
dinding mcm lesen perniagaan. Yang takde lesen TV,bila Penguatkuasa datang check mula lah orang kampung gelabah sorok tv bawah katil lah, dalam bilik air lah, tutup dengan kain lah dan macam-macam lagi lah..hehe.. Lesen TV telah dimansuhkan sekitar tahun 1994.

Fakta :
Kapal Titanic yang tenggelam adalah salah satu kecelakaan yang paling
terkenal dan termahal dalam sejarah. Tapi rasanya kisah centa Jack Dawson dan Rose DeWitt Bukater kat atas kapal tu lagi mahal kot.. hehe.. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...